View: 18313|Reply: 178
|
Mama si Queen Control
[Copy link]
|
|
Jas dah tah tahan, Jas perlukan nasihat
Jas graduate tahun 2017, Alhamdulillah dpt first class, lepas grad menganggur kejap dan ditawarkan bekerja dengan gaji lebih dari RM 5000.
Mama tak suka kerja Jas, sebab Jas kerja tak normal macam orang lain. Hujung minggu selalu kena bekerja, selalu balik lewat malam. Tapi Jas suka dengan kerja Jas. Sebab Jas dapat pergi ke luar negara. Memang Jas akui kerja Jas penat, tapi bukan senang dapat opportunity macam ni. Sepatutnya Mama bersyukur Jas dapat kerja dengan gaji besar, dan inilah kehidupan yang Jas nak. Tapi Mama tak suka. Bagi Mama kalau dia tak suka, dia takkan suka.
Mula-mula Jas dapat pergi ke satu negara ni. Yang agak kontroversi. Mama melarang. Sampai ffice mate pelik kenapa Jas tak pergi. Jas akur dengan mama. Alhamdulillah dekat negara lain Mama lepaskan pergi. Jas pon gembira cerita dekat Mama Jas akan dapat opportunity ke Europe, sebelum ni Jas pergi negara dekat Asia je.
Jas ingatkan Mama benci kerja Jas hanya setakat doakan keburukkan atau cakap benci je. Tak tergamak bila ingat balik Mama sanggup jumpa majikan Jas, sampai Jas digugurkan dekat semua projek dan tak lagi dapat ke luar negara. Dan lepas beberapa bulan atas tekanan majikan, Jas terpaksa berhenti.
Mama memang orang nya begini. Dari Jas sekolah, kalau dia tak suka Jas berkawan, Mama akan serang orang tu dan termasuk cikgu. Jas ingatkan Mama sayang Jas dan gembira bukan senang dan calang-calang pekerjaan Jas dapat. Tapi Mama sanggup menganiaya sebab Mama nak Jas jadi cikgu. Perempuan katanya kena duduk mengajar. Dia benci kerja Jas sebab kena pergi ke luar negara dan sebok sedangkan Jas happy. Jas bekerja dengan syarikat antarabangsa. Bukan MLM, bukan pekerjaan haram. Pekerjaan Jas buat adalah pekerjaan yang elok
Jas tak sangka Mama sampai hati aniaya Jas sampai Jas tak ada kerja dan jadi penganggur
|
|
|
|
|
|
|
|
Jas pon pergilah interview untuk jadi cikgu, dapat tawaran dalam RM 1k lebih je untuk jadi cikgu tadika. Tapi masalahnya dengan gaji Jas dulu pon cukup-cukup nak bayar hutang Mama. Mama ada commitment hutang lebih kurang RM 1500 sebulan. Dan memandangkan Jas anak tunggal, Mama ibu tunggal, dan Mama dah berhenti kerja, hutang - hutang tu Jas yang terpaksa bayar.
Jas dah menganggur dekat setengah tahun, dan hutang Mama start tertunggak. Kami dah tak ada duit sesen pon. Duit simpanan semua habis untuk cover sementara menganggur ni. Malah negative sebab terpaksa berhutang |
|
|
|
|
|
|
|
Sekarang hari-hari Mama nangis sebab tak ada duit. Tapi waktu Jas ada kerja kenapa sampai sanggup aniaya anak sendiri? Tak gembira ke anak sendiri berjaya?
Tapi Mama memang macamni. Bagi Mama dia je betul, semua orang salah.
Bukan je dengan Jas, dengan semua orang. Semua orang lah tak betul.
Jas bukan saja-saja berhenti kerja. Tapi Boss Jas terkejut lah dengan tindakan Mama tu sampai Jas kena gugur semua project. Pergi kerja pon boss tak percaya apa-apa dah.
Last-last Jas terpaksa berhenti sebab Boss kata Jas macam tak berguna lah sebab Jas dah tak handle apa-apa project lagi
Dorang memang expect Jas berhenti lah lepas kes Mama pergi jumpa Boss Jas. Tapi Jas buat tak reti bila Jas kena gugur dari project. Tapi dorang expect Jas berhenti sendiri lah |
|
|
|
|
|
|
|
Mama tak suka kerja Jas, dia kata tak berbaloi Jas ke hulu ke hilir macamni tapi dapat RM 5000 je. Patutnya dapat RM 10000 atau sekurang-kurangnya RM 8000. Sedangkan sepupu-sepupu Jas yang kerja lagi lama pon ada je yang gaji RM 1000 lebih. Jas dapat RM 5000 lebih pon sebab syarikat Jas syarikat International dan peruntukkan Syarikat adalah dalam bentuk USD. Jas baru je grad kiranya memang Jas bernasib baik lah
Kiranya dengan fresh grad gaji Jas lebih kurang dalam USD 1400++ lebih je. |
|
|
|
|
|
|
|
Sian u. Tak pernah tegur ke sikap mama tu? Dah u menganggur, suruh mama u pegi kerja lah. Dah elok2 ada kerja,gaji besar...boleh sara hidup/byr hutang bagai. |
|
|
|
|
|
|
|
i hope im not being like your mom Jas..sorry to hear that |
|
|
|
|
|
|
|
Sabar la.. Kak komen karang.. Ada meroyan sana sini burukkan kak.
Tapi mcm ni.. Mungkin cara terbaik berjauhan dgn mama Jas. Langkah pertama cari kerja yg maybe luar daerah dari tempat Jas.. Jgn bgtau nama company dan alamat tmpt bekerja.
Kmdn.. Bykkan berdoa.. Mmg doa ibu tak terhijab tapi ingat ibu sepatutny memberikan yg terbaik kepada anak bukannya buat naya anak tu dengan mendoakan yg buru2 terhadap anaknya. Bykkan sedekah al fatihah bg roh nama Jas tu.. Supaya Allah lembutkan hati mama Jas.. Sedar kesalahan diri tu.
Harap betul2 la Jas mmg ada problem dgn mama jas bukan main2 nak sakitkan hati forumer lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Sekarang Jas dah menganggur dekat setengah tahun. Gaji yang ditawarkan pon tak sebanyak gaji sebelum ni. Kerja Jas memang teruk dulu tapi Jas happy. Biasalah kalau nak kerja gaji banyak, setimpal la dengan kerjanya. Tapi Mama tak faham
Sekarang ni Jas bercadang nak keluar dari rumah. Jauh dari Mama dan mungkin bagi Mama duit bulanan dan jumpa kadang-kadang je.
Sebab Jas tahu apa je Jas buat, Mama takkan suka. Jas tahu ramai mak yang macam Mama. Dari confession2 yang Jas baca. Tapi mak-mak orang lain mungkin lah setakat cakap, marah atau paling teruk maki je. Mama sampai jumpa boss Jas. Sampai Jas kena gugur dekat semua project!!!
Apa yang dia expect bila dia buat macamtu? Jas rasa Mama fikir simple. Jas tak kerja situ. Jas boleh kerja dekat tempat lain. Tapi market Malaysia kan? Berapa lah sangat gaji nya
Kalau Jas kerja sebagai cikgu tadika tu pon, cukup-cukup nak bayar hutang Mama, bil dekat rumah, duit makan semua nak bayar dengan apa? |
|
|
|
|
|
|
|
Suruh mama u cari kerja...Aeon masih amik org tua jd promoter.....
Atau u cadangkn mama u jaga ank org 5org...dapat rm2k...suruh dia byr hutang dia, bila dia penat jaga budak, dia tak de masa nk kacau keja u.....
U cari keeja macam keja dulu...tak yah jd cikgu klu u tak suka.... |
|
|
|
|
|
|
|
Jas tak faham
Jas geram sebab Mama tergamak pergi jumpa Boss, Macam tak ada common sense
Lagi-lagi dia harapkan Jas cari duit untuk dia semua, Jas tak sangka dia buat macam ni kak
Mama ni semua nak ikut kehendak dia. kalau dia kata A, A lah, kalau dia kata B, B. Tak boleh kata tak
|
|
|
|
|
|
|
|
tt komen lebih2 pun..itu ibu kandung TT.x baik.....baik berdoa bnyk kat ALLAH. buat solat sunat bnyk2..pohon petunjuk. Also, mgkn boleh minta ibu/bapa saudara untuk nasihat |
|
|
|
|
|
|
|
hakak simpati ngan ko dek....moga mama kamu sedar kesilapannya dan kurangkan memberi masalah kepada kamu yg akhirnya menyusahkan diri dia jugak.
ps: selalunya mak2 ni kurang ngacau anak2 yg gaji besar ni, kes kamu terbalik plak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mama tak suka kerja Jas sebab kontrak, bukan permanent, bukan kerja gov, tak ada pencenMama nak Jas kerja kerajaan, kerja cikgu, kerja senang kata dia
Jas dah apply PTD tapi tak lepas exam
Pernah Jas geram sangat. Jas suruh dia kerja dekat Aeon Big. Dia kata dekat Jas, Mama dah tua tak larat. Tahu pon dah tua dan tak larat. Tapi kenapa benci sgt kerja Jas
Mama bukan je benci kerja Jas. Semua benda Mama nak ikut cakap dia. Orang lain anak tunggal ditatang penuh kan? Mama pulak its either her way or no way. Dari Jas kecil Mama control semua benda. Jas fikir Mama sayang sebab Jas sorang je yang dia ada. Tapi adakah sampai tahap macam ni?
|
|
|
|
|
|
|
|
jas93 replied at 19-9-2019 05:48 PM
Jas tak faham
Jas geram sebab Mama tergamak pergi jumpa Boss, Macam tak ada common sense
Manusia ni.. Mak sendiri pun takkan faham anak.. Jadi ang x payah dok susah fikir kenapa.. Atau cuba fahamkan.. Sbb semua tu akan buat ang lagi rasa sedih.
Jadi ikut kata angin.. Dok jauh seketika.. Balik sebulan sekali jenguk dia.. Call tu hari2 la.. Bila dpt gaji.. Bagi duit kat dia.
Bila dok jauh.. InsyaAllah perlahan2 dia akan sedar ang tu penting dlm hidup dia.
Yg paling penting jgn lupa berdoa.. Ang ingat.. Ang buat semua ni supaya ang x jadi anak derhaka.
Biar mata dunia kata ang anak derhaka.. Tapi Allah tau kebenarannya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Semua orang pon pelik kenapa Mama buat macamni
Jas tak sangka dia sampai tahap tabur pasir dalam periuk nasi sendiri
Lagipon Mama kata RM 5000 tu tak cukup. Patut gaji Jas RM 10000. Sebab dia kata Jas kerja teruk
|
|
|
|
|
|
|
|
Jas
Move out. Sewa rumah jgn duduk dgn mama. From start dapat keje awal2 dulu, dh perlu duduk asing. Just bgtau nak duduk luar sebab urusan kerja dan sibuk atau ape2 je la
Mama still pk jas budak kecik eventhou tiap bulan nak kene shave sbb dh berbulu. Untuk overcome tu, u kene duduk tmpt lain walau xjauh
In mean time introduce i kt mama. Mama ni la skandal jas. Nanti kite sama2 cuba buat mama percaya jas sbb dh ada org nk lindungi jas dari anasir2 jahat
Jangan pk bnyk2 nnt stresa. Mkn nnt makan taw |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 19-9-2019 05:43 PM
Sabar la.. Kak komen karang.. Ada meroyan sana sini burukkan kak.
Tapi mcm ni.. Mungkin cara ter ...
Sape badmouth u? Meh i lempang dorg pakai selipar jepun saiz 9 |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya ko dik.. akak mampu tumpang simpati je. Nk bg nasihat lebih2, akak pun xpandai. Just ikut je la ape kata hati ko. |
|
|
|
|
|
|
|
Victorioussss replied at 19-9-2019 05:59 PM
Sape badmouth u? Meh i lempang dorg pakai selipar jepun saiz 9
Hahaha.. Sapa lagi vic.. Biar la.. Janji dia bahagia.. Kes i citer ttg kisah mama dan i la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Jas ada fikir nak kerja jauh. Sekarang Jas apply kerja jauh2. Sebab Jas tak nak duduk dengan Mama lagi.
Mama ni negative yang sangat2 negative. Kalau Jas cerita nanti kata mengutuk mak sendiri. Jas cuba avoid that. Tapi bukan lah Jas je orang yang dia aniaya. Baru - baru ni ada Majlis Kahwin sedara kami. Mama tak suka mereka dan langsung tak bantu apa pon. Tapi sebelum majlis, asyik-asyik call, itu tak betul, ini tak betul. Bila masjlis, mama pura-pura sebok ke hulu kehilir tolong. Padahal mama tahu complain je. Habis je majlis, makanan banyak lebih, Mama buang dalam tong sampah. Padahal makanan tu boleh bungkus bagi orang bawa balik. Mama selalu bungkuskan untuk orang makanan. Dan Mama selalu kata makanan tak boleh membazir, tapi Mama buang makanan selambak dan kata tu lah kamu semua tak betul. Mama sanggup buang makanan untuk proof a point
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|