Susulan keadaan jerebu yang semakin kritikal, Kementerian Pendidikan pada Rabu lalu telah mengeluarkan sebuah kenyataan yang menggariskan prosedur operasi standard (SOP) dalam menutup sekolah yang terlibat.
Kredit foto: KPM
Antara kandungan SOP baru itu termasuklah; penutupan sekolah mestilah diumumkan selewat-lewatnya 6 petang setiap hari oleh pengetua / guru besar berdasarkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (API) dengan memaklumkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing.
Kredit foto: Carian Google / KPM
Bagi guru-guru pula, mereka tidak diwajibkan untuk ke sekolah semasa penutupan, tidak perlu mengganti cuti dan kebajikan mereka perlu diambil kira dengan mengelakkan sebarang kegiatan seperti mesyuarat semasa penutupan.
Guru-guru juga dibenarkan untuk membuat kerja pejabat dari rumah masing-masing. Bagaimanapun, nampaknya kelonggaran yang diumumkan oleh Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik ini mendapat respon yang berbeza-beza.
Kredit foto: Carian Google
Bagi golongan guru, mereka menyambut baik pengumuman itu. Bagaimanapun ramai yang tidak yakin pihak pentadbiran teratas sekolah akan mematuhi SOP ini.
'Kalau ada spesis GB (Guru Besar) yang rasa dia lagi betul dari arahan menteri macam mana?' kata seorang guru meluahkan kebimbangan.
'Diberi pilihan je..maknanya memang kena pegi sekolah la? Bukan mandatori tidak perlu ke sekolah?' tambah seorang lagi guru.
Kredit foto: Facebook
Kredit foto: Facebook
Kredit foto: Facebook
Bagaimanapun, dari sudut yang lain, ada juga netizen yang mempersoalkan kelonggaran yang diberikan kepada para guru untuk dibenarkan bekerja dari rumah.
'Jangan mengular je di rumah, lepas tu tiap tahun minta bonus' kata seorang netizen.
'Mengada-ngada, orang lain elok je ke pejabat ketika jerebu, sekolah tutup duduk jelah dalam bilik guru' tambah seorang lagi netizen.
Kredit foto: Facebook
Tidak cukup dengan itu ada yang menyatakan kemusykilan sama ada benarkah guru membuat kerja pejabat di rumah atau membuat kerja lain seperti membasuh dan menyapu jika kelonggaran ini diberikan.
Pekerjaan guru sememangnya sangat berat jadi sudah pastilah kebenaran untuk bekerja dari rumah ini sudah dipertimbangkan semasak-masaknya oleh pihak Kementerian.
Apa pula pendapat anda? Wajarkah guru-guru dibenar bekerja dari rumah atau tetap ke pejabat ketika jerebu seperti kakitangan kerajaan yang lain? - CARI |