|
Tidak mahu berteka teki nampaknya, Raja Ilya akhirnya membuka mulut tentang majlis perkahwinannya yang berlangsung di Perth sembilan bulan lalu adalah disebabkan masalah peribadi dan dalaman keluarga suaminya.
Ditemu bual oleh Media Hiburan baru-baru ini,Raja Ilya menegaskan bukan mudah untuk keluarga Trent menerima status mualaf suaminya.
"Dipendekkan cerita, ianya mengenai isu keluarga dan itu menjadi sebab kenapa kami mengambil keputusan berkahwin di Australia,"
"Tak semua boleh terima apabila seseorang itu menukar agama dan tak semua setuju,"
"Ianya melibatkan keluarga sebelah suami saya," ujarnya ketika ditemui di majlis resepsi beliau di Star Avenue Lifestyle Mall, Khamis lalu.
Mengulas lanjut mengenai kelewatan majlis resepsi beliau sehingga memakan masa 9 bulan, pelakon Appalam ini memberitahu ianya disebabkan oleh kekangan masa. Namun Raja Ilya menolak punca kelewatan bukanlah disebabkan isu tajaan yang diwar-warkan sebelum ini.
"Kami ambil masa 9 bulan untuk adakan resepsi kerana kekangan masa, saya sangat sibuk dengan lakonan dan ini sahaja masa yang saya ada,"
Raja Ilya yang tampil seperti Cinderella bersama suaminya pada malam resepsi itu turut mendedahkan jumlah tajaan majlis tersebut hampir mencecah 10 juta ringgit.
Beliau juga tidak menjangkakan ramai sekali yang ingin memberi kerjasama dan tajaan untuk majlis tersebut. Dua majlis yang diadakan di Kuala Lumpur itu dikhabarkan berlangsung dengan meriah dan penuh gemilang.
"Saya sendiri baru tahu jumlah sebenar kedua-dua majlis hampir 10 juta," ujarnya lagi.
Menggayakan perhiasan barang kemas daripada Habib Jewel yang bernilai 2.5 juta, Raja Ilya berterima kasih kepada mereka yang sudi menaja majlis resepsi dan majlis berinai mereka.
Ketika disoal mengenai soal rezeki anak, aktress berusia 34 tahun ini belum memikirkan soal tersebut kerana ingin fokus dalam soal kerjaya dan suami terlebih dahulu. Raja Ilya dikhabarkan akan berbulan madu di Langkawi bersama kedua-dua belah keluarga selepas ini.
Raja Ilya dan suami, Trent Garrent telah berkahwin dalam sebuah majlis ringkas pada 23 Disember lalu di Perth, Australia. Semoga berbahagia hendaknya! - CARI
|
|