Siapa yang tidak kenal BTS? Kumpulan penyanyi lelaki popular Korea Selatan ini memang terkenal serata dunia dan sudah menang banyak anugerah. Malah, semalam BTS juga dinobatkan sebagai Artis Korea Popular ABPBH 2019.
Siapa tak kenal BTS. Foto: Instagram
Malangnya, kemenangan BTS itu dipersoalkan sendiri oleh "Army". Army adalah nama gelaran peminat tegar BTS yang sanggup bersusah payah dan menyokong kumpulan ini. BTS Army memang dikenali sebagai salah sebuah kumpulan peminat yang agak ekstrem dan lantang bersuara.
Peminat Kata Berita Harian Guna BTS Untuk Naikkan Rating ABPBH
Army memang bersungguh-sungguh mempertahankan dan menyokong kumpulan ini. Sampai, selebriti Korea sendiri pun takut dengan Army di sana, janganlah buat cerita bukan-bukan, habis diserang mereka nanti.
Memalukan. Foto: Twitter
Sebilangan Army Malaysia menyifatkan Berita Harian hanya mahu menggunakan BTS untuk menaikkan rating ABPBH disebabkan jumlah peminat kumpulan itu yang ramai.
Kenapa Anugerah Malaysia kena ada Anugerah Korea. Foto: Twitter
Ada juga yang mempersoalkan sama ada penganjur ada menghubungi syarikat pengurusan BTS untuk memaklumkan tentang pencalonan itu. Sebab, kata mereka kalau dihubungi mesti ada video pesanan ahli BTS. Kumpulan ini memang dikenali sangat rajin berhubungan dengan peminat mereka. Sebab itulah, Army sayang sangat BTS.
Peminat Kata Berita Harian Guna BTS Untuk Naikkan Rating ABPBH
Army Malaysia juga berkata, mereka tidak minta pun BTS dicalonkan kerana ABPBH tidak setaraf dengan status kumpulan itu yang antarabangsa. Lainlah Anugerah Billboard yang memang dihadiri setiap tahun oleh BTS.
Apa guna. Foto: Twitter
Apa kata anda? Betulkah ABPBH guna populariti BTS? Atau BTS yang guna populariti ABPBH? - CARI
|