CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4495|Reply: 24

Terpaksa Cuti 3 Hari Kerana Pintu Pejabat 'Dikunci' Sekaki Payung

[Copy link]
Post time 26-9-2019 10:38 AM | Show all posts |Read mode

Kredit Foto - Mike Ponticelli




Sesetengah individu akan mencari pelbagai alasan termasuk sanggup membayar sejumlah wang semata-mata untuk mendapatkan surat kebenaran cuti sakit daripada doktor sebagai sebab untuk tidak hadir bekerja.


Namun, tiada siapa menyangka ada pekerja yang diberi ‘cuti’ selama tiga hari berturut-turut kerana pintu pejabat 'dikunci' sekaki payung!







Neeraj K. Agrawal menerusi Twitter menyatakan bahawa syarikat WeWork di mana sahabatnya Mike Ponticelli bekerja terpaksa ditutup selama tiga hari gara-gara sekaki payung yang terjatuh ke lantai telah menghalang pintu pejabat daripada dibuka.


Para pekerja terpaksa menggunakan komputer riba masing-masing untuk menyiapkan tugasan selain ada yang terpaksa berpindah ke pejabat lain kerana tiiada seorang pun pekerja berjaya membuka pintu tersebut termasuk jurutera bangunan pejabat WeWork itu.








Akhirnya, hanya pada hari ketiga barulah pintu itu berjaya dibuka apabila seseorang telah menggerudi lubang kecil dari siling lalu mengalihkan payung berkenaan dengan bantuan wayar besi.


Penularan kisah yang lucu tetapi pada masa yang sama aneh ini seterusnya telah dijadikan bahan jenaka oleh netizen sehingga menggelarkan insiden ini dengan #WeCantWork bagi memerli nama syarikat tersebut iaitu WeWork. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2019 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Knp x tutup company terus..
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2019 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Victorioussss at 26-9-2019 10:59 AM
Boomibulat: Knp x tutup company terus..


Kalau tutup compny nanti cmane boboi nak amik alih bisness papa lepas habis belajar oversea sambil beromen dgn perempuan sexy tapi aim binik baik2 bertudung kawen paksa?
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2019 11:08 AM | Show all posts
3 hari tutup pejabat..
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2019 11:10 AM | Show all posts
cabaran dengan payung..tutup pejabat 3 hari,otak ada xmau pakai..xpayah harap jurutera bangunan..ini kerja tukang pintu/sliding door je'
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2019 11:18 AM | Show all posts
Victorioussss replied at 26-9-2019 10:58 AM
Kalau tutup compny nanti cmane boboi nak amik alih bisness papa lepas habis belajar oversea samb ...

kennnn..
slot akasia sangattttt
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-9-2019 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
3 hari baru selesai masalah payung?? Hari pertama kedua x buat apa ke?
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2019 11:31 AM | Show all posts
awat tak suruh pekerja am atau siapa-siapa lalu siling cross office dan turun masuk ke dalam ofis sendiri pastu alih je payung ni..kena ada pekerja yg ringan dan bole akrobatik sikitlah masa nak terjun tu..kalau jenis badan beso satgi jatuh dari siling pulak..

atau tolak kuat2 pintu tu sampai payung tu teralih/patah..payung sekarang byk yg guna besi lembut je..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-9-2019 11:36 AM | Show all posts
Biabetik replied at 26-9-2019 11:30 AM
3 hari baru selesai masalah payung?? Hari pertama kedua x buat apa ke?

dah cuba macam2 tak berjaya... bawak spanar, gegarkan pintu..nak pecah kan cermin kan libatkan kos besar..
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2019 11:39 AM | Show all posts
Bijak berkerja belum tentu bijak dalam kemahiran hidup sebab tu benda yang boleh selesai sehari berlarutan sampai tiga hari.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2019 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Orang yang tahu cara sengaja delay gamaknya lol
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2019 12:02 PM | Show all posts
payung brand apa tu tolak-tolak tak leh patah..
payung i takde angin takde ribut pun banyak tercabut sana sini..
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2019 12:07 PM | Show all posts
kelakar pulak alasan nya tu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2019 12:26 PM | Show all posts
pecah kan jer laaa cermin pintu tu then kluar kan payung...

lepas tu pintu cermin repair segera... takkan takda modal repair kot??
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2019 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Well, bukan la cuti pun cos they still need to do their work elsewhere.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2019 12:48 PM | Show all posts
tak pasal2 nama company pun kna troll.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-9-2019 01:53 PM | Show all posts
Foxey replied at 26-9-2019 12:30 PM
Well, bukan la cuti pun cos they still need to do their work elsewhere.

still datang kerja dengan harapan dapat buka pintu...
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2019 02:33 PM | Show all posts
tajuk misleading betul
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2019 11:55 AM | Show all posts
hari ke-3 baru nak gerudi siling? pehal x dari hari pertam pecahkan je kaca pintu tu?? Kos lebih kurang gak... Noob...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2019 11:57 AM | Show all posts
Mfzg89 replied at 1-10-2019 11:55 AM
hari ke-3 baru nak gerudi siling? pehal x dari hari pertam pecahkan je kaca pintu tu?? Kos lebih kur ...

hahaha....lama tu dorang baru terfikir...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 10:40 PM GMT+8 , Processed in 0.126542 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list