Niat seorang lelaki untuk untuk menghamburkan pujian ke atas kekasihnya memakan diri apabila netizen menegur kata-katanya yang dikatakan biadab.
Netizen itu, yang bernama Muhammad Huzairie sebenarnya berniat untuk memuji kekasih yang dikenalinya hampir setahun dahulu.
Kredit foto: Twitter
'Aku kenal dia setahun dahulu, masa tu dia hitam, tak lawa dan selekeh, kini kami akan bertunang damal 30 hari lagi' ujarnya.
Menurutnya lagi, wanita itu yang memulakan langkah pertama dengan menghantar mesej peribadi (DM) kepadanya di media social.
'Mulanya saya macam nak tak nak tetapi saya reply juga kerana kesian' tambahnya.
Kredit foto: Twitter
Mereka kemudiannya berjumpa, berkenalan dan saling jatuh cinta.
'Time tu dia tak lawa, gemuk dan mekap pun so so sahaja, kini dia dah berubah dan bakal menjadi tunangan aku, nasib baik tak rejek dulu' katanya lagi.
Kredit foto: Twitter
Kredit foto: Twittwr / OMM
Perkongsian Huzairie bagaimanapun mendapat respon yang berbelah bagi daripada warganet.
Walaupun ada yang merasakan perkongsian itu sweet, kebanyakannya malahan mengecam kerana kata-kata pujian yang mengandungi unsur kutukan.
'Kalau kau menghargai dia pun, janganlah sampai mengutuk' kata seorang netizen.
Kredit foto: Twitter /OMM
Kredit foto: Twitter / OMM
'Perempuan dapat laki gemuk hitam diam je tetapi lelaki dapat perempuan gelap gemuk, bukan main peril lagi' tambah seorang lagi.
Ada juga yang tidak bersetuju kerana mengaitkan warna hitam sebagai tidak lawa. Malahan ada yang tidak segan-silu menuduh Huzairie tidak ikhlas kerana hanya membuat keputusan untuk mengikat pertunangan selepas kekasihnya bertranformasi menjadi putih dan lawa.
Kredit foto: Twitter / OMM
Kredit foto: Twitter / OMM
'Rude as f*ck kamu ni, dah lawa baru terhegeh nak jadikan tunang. Kau pun bukannya handsome mana pun' tegur seorang lagi.
Yang pasti, kena berhati-hati kerana memberikan pujian kerana kadang-kala pemilihan perkataan yang salah akan menukar pujian kepada kutukan.- CARI |