YB Yeo Bee Yin yang juga Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar (MESTECC) digesa oleh beberapa orang pemimpin pembangkang untuk meletak jawatan selepas dakwaan syarikat milik suaminya terlibat dalam kebakaran hutan di Indonesia.
Minggu lalu, Indonesia melaporkan sebanyak 103 perusahaan didapati terlibat membakar hutan dan 5 daripadanya dari Malaysia, selebihnya perusahaan Indonesia.
Kredit foto: Carian Google
Menurut laporan Malay Mail, 5 perusahaan Malaysia itu ialah Sukses Karya Sawit (PT SKSI anak syarikat IOI Corporation, Sime Indo Agro (PT SIA) anak syarikat Sime Darby Plantation Bhd,PT Rafi Kamajaya Abadi (PTRKA) anak syarikat TDM Bhd, dan P.T. Adei Plantation and Industry (P.T. Adei), anak syarikat Kuala Lumpur Kepong Bhd.
Suami kepada YB Yeoh, En. Lee Yeow Seng ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi IOI Properrties Group Bhd.
Kredit foto: Carian Google
Sehubungan dengan itu, bekas wakil rakyat Pulau Bentong, Muhammad Farid Saad dan Ketua Pemuda MCA, Nicole Wong menggesa YB Yeo Bee Yin untuk mengundur diri supaya tidak mengamalkan pilih kasih.
Farid memberitahu bahawa portolio MESTECC sepatutnya dipegang oleh seseorang yang tidak terlibat dengan dunia korporat, lapor Malaysiakini.
'Dia punya hubungan dengan IOI Group dan dikhuatiri akan gagal menasihati Kabinet dengan berkesan ekoran kemungkinan pilih kasih' dakwanya.
Komen Farid turut disokong oleh Nicole Wong.
Kredit foto: Carian Google
Bagaimanapun YB Yeo yang dihubungi pemberita sebaliknya mendesak pembangkang supaya memberikan kritikan yang membina. Yeo memberitahu Indonesia berhak mengambil sebarang tindakan kerana kejadian itu berlaku di tanah mereka dan tidak ada guna untuk menuding jari.
'Kalau ada idea bernas, kita akan ambil kira' bidas Yeo.
Yeo berkata buat masa ini Kementeriannya sedang merangka undang-undang alam sekitar yang lebih tegas di Malaysia.
Kredit foto: Carian Google
Kegagalan Indonesia mengambil sebarang tindakan ke atas pesalah di negaranya bagaimanapun dikesali. Mereka sebaliknya sibuk menuding jari dan sehingga 24 September, tidak ada satu pun lesen syarikat terlibat digantung.
Agak dikesali Menteri Lingkungan Hidup dan Kehutanan (LHK) Indonesia Siti Nurbaya Bakar lebih berminat untuk menuding jari kepada 5 perusahaan asing sedangkan beliau gagal menegakkan hukum kepada 100 perusahaan milik negaranya sendiri. - CARI |