Semakin maju ke hadapan minda orang Malaysia, semakin ramai yang mengerti bahawa isu 'body shaming' adalah perkara serius. Tak kisahlah walaupun sekadar gurauan, kalau yang kena itu terasa, tetap jadi kesalahan.
Walau bagaimanapun, menurut pelawak dan hos terkenal iaitu Nabil, lawak seperti 'body shaming' ini mampu meningkatkan rating rancangan, lapor Gempak.
Tambahnya, pada awal kemunculannya dahulu, tiada masalah langsung apabila ada yang melemparkan gurauan berunsur 'body shaming' di dalam mana-mana program televisyen.
Kredit foto: Blog
"ada zaman awal kemunculan saya dalam industri hiburan dahulu, gurauan body shaming dalam program TV tidaklah dikritik sehebat sekarang.
"Bagi saya, isu seperti ini mampu menaikkan rating tontonan sesebuah program, kalau semua yang dituturkan itu terlalu biasa, penonton pun akan berasa bosan. "Kami sesama artis pun faham antara satu sama lain, takkan lah sesama artis pun dah tak boleh gurau?" guraunya.
Nabil juga mengimbau kisah di mana dia diejek mengenai telinga dan badannya yang kurus, namun dia tidak pernah pun melenting dan mengambilnya dengan positif.
"Saya sendiri pernah diejek kurus dan telinga capang, saya terima dengan positif, penonton ketika itu pun tidaklah terlalu mengkritik gurauan berbentuk body shaming," jelasnya.
Setiap orang tak sama. Kalau Nabil okey sahaja, tak semestinya orang lain perlu okey juga - CARI
eh hello?? rata2 yang tengok abp rengsa hoccay nak hadap lawak bodoh tak cukup kismis si ackiok tu?? celah mana nya penonton jadi bosan kalau tak selit lawak bodoh?? alif satar hosting elok jah takde pun penonton jadi bosan??
Post time 28-9-2019 10:28 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Lawak body shaming is so yesterdecadessss yach & xkn nk duduk ditakuk lama? Mcm xde modal lain...sheols,jihan gg,tokgelang & pelawak2 sampah asterok yg lain terutamanya mmg haussss otak kosong balik2 nk buat buat body shaming time melawak/mengacara. So pprtttt
Post time 28-9-2019 10:58 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Mmg lah bil oi.. dulu ummah malaysia mana nk ada kesedaran pasal body shaming ni.. la ni je baru sibuk..
Teringat suatu masa dulu Syanie sering dijadikan modal lawak utk rancangan2 lawak yach..
Dia ni antara dibayar mahal. Setakat lawak basi apalah sangat. Kat rancangan ceria popstar pon boleh dia bagi lawak lucah. Dahlah rancangan budak2. Nasib Johan berjenis sikit kat rancangan tu takde lucah2.
Post time 28-9-2019 12:03 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Alahai retis Malaysia ni entah kenapa, kalau orang kutuk2 diaorang dan2 kata ad anxiety la, depressi la..... tapi bila orang marah dia kutuk2 orang, dia kata "boleh menaikkan rating" "takkan tak faham kot".......choiii sangat perangai!!!
Post time 28-9-2019 01:21 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Tak semua org boleh terima lawak body shamming bang bil! Hang mungkin xkisah.. tp orgg lain kisahh.. so ko kena bijak laa.. klau org yg ko nak gurau tu mmg ko rapat n jenis tak kisah. Teruskan. If baru jumpe setakat kenal2 gitu2 jee baik try lawak lainn.. kena la pandai handle situasi..
Post time 28-9-2019 01:45 PMFrom the mobile phone|Show all posts
cuba la pelawak2 malaysia ni buat lawak2 educated sikit.. nak melawak x semestinya kena jd bodoh.. tp mostly ramai je org2 malaysia yg minat hiburan ni lampi.. buat lawak educated tercengang.. seminggu lps tu baru phm..