Gah memalukan produksi jutawan Badang.
Vikingdom bajet termahal menangis jela.
Lebih besar dari Sangkar mahupun Paskal.
Ini Indonesia layak claim selayaknya Jerebu.
Hollywood ada MCU, Indonesia ada BCU
Indonesia mengumumkan akan tayang lapan filem baru dalam masa enam tahun dari filem superhero seakan Marvel Cinematic Universe, dihasilkan berdasarkan komik Bumilangit, yang dalam cinematic universe superhero-nya ada sekitar 300 karektor asal, dibaca meluas selama 60 tahun sejak diperkenalkan buat pertama kali di Indonesia pada 1954. Hero paling famous Bumilangit, bukan ironman tapi Gundala, dan keduanya Sri Asih.
Uncle Bismarka Kurniawan
Bismarka Kurniawan adalah seakan arwah Stan Lee dari MCU, tapi lebih muda, sejak 2003 atas minatnya terhadap komik superhero, telah membeli hakcipta kebanyakan superhero di Indonesia untuk dimasukkan dalam BCU.
Filem Pertama: Gundala
Gundala si anak petir macam Thor, seorang saintis jadi superhero setelah dapat kuasa dari petir, namun memegang kunci kepada BCU seakan ironman yang mampu menyatukan superhero sebagai satu kumpulan. Dibintangi Abimana Aryasatya hero Gundala, Taro Basro, Ario Bayu, Cecep Arif Rahman, Rio Dewanto, Muzakki Ramdhan.. dan Bront Palarae si Pengkor penjahat.
Produksi filem Gundala adalah above-average berbanding filem Indonesia yang lain, tapi dihasilkan dalam jangkamasa sangat pendek seakan filem Indie. 5 bandar, 70 lokasi, dalam masa hanya 50 hari, seakan menonton kesemua trilogi batman dalam 2 jam filem, dari penceritaan asal, ke bagaimana Gundala mengawal kuasa vs konflik diri, hinggalah orang awam yang mendapat inspirasi dan terinspirasi untuk bangkit menentang musuh yang mengancam masyarakat.
Gundala sangat bercita-cita tinggi, sedikit padat, namun mengkagumkan sebab fikir balik filem ni adalah made-in-Indonesia. Tapi boleh jadi lagi kagum kalau made-in-malaysia la..
Masa Depan BCU
Gundala baru saja tayang sejak 29 Ogos 2019 dengan rekod 1 juta penonton, namun produksinya sedang sibuk di belakang tabir dalam menghasilkan filem seterusnya, kesemua 8 filem. Produksi BCU sedang cuba mendapatkan pelakon indonesia yang top-top eg: Nicholas Saputra, Joe Taslim, Ario Bayu, Asmara Abigail, Dian Sastro, juga selebriti pembuat filem yang terkenal untuk menghasilkan sesuatu yang lebih besar dan lebih hebat seperti alam sinema BCU.
Tak perlu heboh konon pergi hollywood sebab dapat tawaran Marvel. Buat universe sendiri terus senang. MCU pun tengah slow sikit sekarang. Sape dah tengok? Komen sikit..
Post time 28-9-2019 05:50 PMFrom the mobile phone|Show all posts
aku pilih bod isu semasa. Siap loading, tengok ni theread yang first skali..baca2, eh apa benda ni?
Terus scroll laju2 balik ke atas nak make sure bod mana aku click tadi. Eh betol la..hanatt tul ni mmg ISU SEMASA ekk
Ini boleh menjadi isu semasa. Superhero dari alam Bumilangit akan menjadi topik dalam kehidupan anda tak kiralah di sekolah, pejabat, ceramah agama mahupun ketika pilihanraya. Sewaktu guruh musim tengkujuh, ketahuilah Gundala mungkin sedang berusaha melawan penjenayah memastikan penduduk kota mampu lena dan ceria keesokan harinya.
Bront Palarae pula menjadi simbolik terkini, jahatnya Malaysia dimata warga Indonesia.
Post time 28-9-2019 10:12 PMFrom the mobile phone|Show all posts
atromen ribut dari malaysia bakal muncul dlm siri internet keluaran jepun esok bertajuk ultra galaxy fight kat youtube ultraman. indon tengah sibuk2 nak claim ultraman ribut ni