Sejak berpisah dengan suaminya, penyanyi Betty Banafe dilihat sentiasa sibuk dengan perniagaannya dan juga mendekatkan diri pada Yang Maha Esa. Perkongsiannya mengenai hal ukhrawi juga mendekatkan lagi para pengikutnya dengan kebesaran Ilahi.
Namun, apabila Betty memuat naik video pendek mengenai ketaksuban wanita Malaysia serta golongan gay yang menggilai jenama beg berjenama mewah, ia mencetuskan kejutan yang bercampur baur.
IG
Dengan menjelaskan yang ianya adalah gaya berfikir yang lebih serius kerana mengupas sejarah beg itu sendiri. Ini adalah sisi dunia yang jarang orang ambil tahu atau langsung tidak peduli. Yang penggemar beg ini cuma tahu ianya adalah lambang kekayaan golongan ada-ada (dulunya dikenali bangsawan).
Walaupun ada yang tidak memahami konteks sebenar perbincangan dengan menegaskan kualiti beg tersebut tahan lama, Betty pula menerangkan sudut konteks ini ialah idealogi pembuatan beg itu sendiri yang berasaskan salib, berkaitan dengan agenda Freemason dan Iluminati pada abad ke-18.
Video yang memaparkan seorang lelaki bercerita mengenai corak yang terdapat pada beg tersebut sudah jelas menerangkannya.
Walaupun tidak menerangkan secara jelas, dipercayai Betty mahu menyampaikan mesej bahawa beg tersebut bukan sahaja mewah tapi lebih kepada menyesatkan umat Islam.
Menakutkan juga penjelasannya. Jadi, anda ada beg LV ke tak ni? - CARI
|