Kredit Foto - FB Dominos Pizza Malaysia
Kisah seorang pemuda disiasat polis gara-gara membeli 10 set piza di sebuah restoran makanan segera terkemuka menggunakan kupon diskaun yang dibelinya di platform e-dagang terus menjadi bualan hangat netizen.
Walaupun pihak Domino's Pizza Malaysia telah mengeluarkan kenyataan maaf menerusi laman rasmi FB mereka sejurus kejadian tersebut menjadi tular, netizen mempertikaikannya kerana ia dilihat tidak profesional dan menggunakan bahasa rojak yang tidak melambangkan imej korporat.
Kredit foto: FB Domino's Pizza Malaysia
Malah netizen turut 'troll' Domino’s Pizza Malaysia dengan komen-komen seperti:
Ekoran 'troll' terhadap Domino's Pizza yang dilihat tiada penghujungnya, Shamsul Amree, Timbalan Presiden Domino's Malaysia, sekali lagi membuat permohonan maaf.
Kredit foto: FB Domino's Pizza Malaysia
Dalam video tersebut, pihak Domino turut menjelaskan perkara yang berlaku dan mengakui kesilapan mereka membuat laporan polis secara tergesa-gesa. Walaubagaimanapun laporan polis terhadap Encik Zacky telah ditarik balik.
Pihak Domino turut berharap pelanggan tidak ragu-ragu menggunakan baucar Domino dan berhubung dengan talian perkhidmatan pelanggan sekiranya ada sebarang persoalan.
Oklah Dominos Pizza Malaysia. Setiap yang terjadi itu ada hikmahnya kan. Semoga menjad pengajaran buat kita semua. - CARI
|