Macam-macam ya produk tempatan sekarang, krim putih, vitamin C, jamu yang dimasukkan ke alat sulit dan lain-lain lagi. Ada yang mendapat sambutan dan ada juga yang dikritik. Terbaharu produk syampu yang semakin mendapat perhatian warganet. Bukan kerana kebaikan yang dibawa tetapi kerana stail pembungkusannya yang diletakkan ke dalam bekas dadih!
Menggelikan!
Dengan nama 'Sejuk Otok', kandungan syampu dibubuh ke dalam bekas lutsinar bersaiz tin minuman menampakkan teknik pemasaran yang unik tetapi dalam masa sama menampakkan ianya murah serta tidak bersih!
Kredit foto: Twitter
Menurut warganet, produk tempatan jarang yang ada kajian (R&D). Jadi, kebanyakannya adalah produk OEM, kemudian dibungkus dalam pek tertentu untuk dijual di pasaran. Mungkin itu tiada masalahnya kerana ramai yang melakukannya. Tetapi apabila ianya dipek ke dalam bekas 'dadih' itu yang membuatkan ramai marah!
"engaruh nak cepat kaya. Tanpa fikir risiko pengguna. Kalau tengok dekat fb, founder beli
dekat shopee Rm 15 utk 3000ml pastu repack dalam bekas dadih jual RM10."
Kredit foto: Twitter
Padanlah ramai yang marah kerana dikatakan ianya hanyalah produk yang mengaut keuntungan berganda dengan pembungkusan yang sangat buruk. Sudahlah serupa bekas dadih, harganya juga tidak logik, kebersihan turut dipertikaikan kerana tiada pam untuk mengeluarkan syampu tersebut. Maknanya terpaksa mengambil syampu dari bekas dengan tangan?
Kredit foto: Google
Bagaimanapun, bagi ejen-ejen produk ini, mereka akan tetap menjual produk tersebut dan kritikan tersebut hanyalah pandangan yang tidak mahu melihat orang Melayu maju.
Kalau anda, sanggup ke pakai syampu 'dadih' ini? - CARI
|