MICROSOFT mengejutkan ramai pihak apabila memperkenalkan peranti boleh lipat pertama mereka yang dikenali sebagai Surface Duo yang turut menggunakan sistem operasi Android.
Peranti berkenaan diperkenalkan ketika Majlis Microsoft Surface 2019 selain beberapa peranti baharu lain.
Rekaan peranti berkenaan menggunakan skrin berkembar mirip laptop Microsoft Surface Neo namun dalam saiz yang lebih kecil.
Surface Duo menggunakan dua skrin sebesar 5.6 inci dan ia fleksibel serta boleh berpusing sehingga 360 darjah dan jika dilipat boleh menjadi 8.3 inci tablet.
Setiap paparan berkenaan boleh menjalankan aplikasi berbeza pada satu-satu masa dan ia juga boleh ditukar menjadi mod paparan landskap serta membolehkan skrin kedua menjadi papan kekunci atau alat kawalan permainan.
Berdasarkan beberapa laporan portal teknologi menyatakan bahawa Surface Duo menggunakan pemproses Snapdragon 855 namun Microsoft menyatakan bahawa rekaan akhir peranti itu masih belum diputuskan.
Pada masa sama, Microsoft turut memperkenalkan 10 produk terbaru mereka antaranya Windows 10X, Surface Neo, Surface Pro X dan Surface Pro 7.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Oktober 2019 @ 4:18 PM
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 4-10-2019 02:40 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Jika anda mahir teknologi
Boleh dapatkan duit menggunakan teknologi
Boleh melabur benda2 gini
Tp bbnu insta segala medsos semata
Acik fb semata
X payahla
Kalau anda perhatikan produk surface .. Surface Book satu harga. Surface Pro X satu harga. Surface Pro 7 satu harga Surface Laptop 1 hargaharga masing masing tidak terlalu rapat kira around -around beza rm 1k jugak la each other. so untuk menjawab soalan harga tu
perhatikan produk surface Go. should be this devices around RM 2k something. BUT NEO dan DUO tak run Window. dia based on Android.
so mmg apps sajalah dalam tu. Surface PRO X yang baru dalam event tu guna CPU Surface sendiri yang di kenali sebagai SQ1
kalau kiraan i tepat ..Duo dan Neo ni akan keluar dengan Processor SQ1 bukan snapdragon 855. Surface SQ1 based on latest
QualCom 8cx Snapdragon . Snapdragon 8cx ni ONLY avaiable for Dekstop or Laptop. tapi dari segi senibina masih pakai Snapdragon 855
Surface ni semua ( merujuk semua model ) tahan 3 tahun je. Pakai mmg best. tapi bende bende macm ni jangan simpan bende important dalam tu. contoh : gambar kenangan kahwin atau gambar anak. once kalau skrin dia jatuh pecah atau battery start problem...bye bye la.
Isi perut surface bukan boleh cabut cabut macam laptop biasa. dia punya isi perut dalam semua soldered ( tie up with motherboard )