Kredit Foto - Instagram Charmaine CHew
Miss Internationalmerupakan pertandingan ratu cantik antarabangsa yang diadakan saban tahun. Pada kali ini, Miss International 2019 akan diadakan pada 12 November 2019 di Tokyo Dome City Hall, Daerah Bunkyo, Tokyo, Japan.
Baru-baru ini, senarai lengkap ratu cantik seluruh Asia yang turut menyertai pertandingan tersebut telah dimuatnaik menerusi instagram M'sian Beauty Pageant Fan Club dan telah dikongsikan di twitter oleh pemilik akaun @AchuNadia.
Kredit foto: Instagram @AchuNadia
Negara Malaysia akan diwakili si cantik manis Charmaine Chew, 22 tahun, berketinggian 173 sm dan berasal dari Kedah.
Charmaine sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang Perhubungan Awam. Beliau juga merupakan seorang hos dan model.
Kredit foto: Instagram Charmaine Chew
Rata-rata warganet memuji kecantikan Charmaine dan berharap kemenangan milik Malaysia. Dalam pada itu, wakil dari Singapura turut menjadi perhatian warganet kerana merasakan wakil tersebut kurang cantik.
Sebenarnya kecantikan itu adalah subjektif kerana setiap manusia mempunyai definisi sendiri mengenai kecantikan. Adakalanya kita berasa seseorang itu cantik, tetapi tidak bagi sesetengah orang yang lain.
Pada tahun 2018, pertandingan ini dimenangi oleh Mariem Velazco dari Venezuela yang membawa pulang mahkota dan gelaran pertandingan itu.
Charmaine akan bersaing dengan 82 peserta dari seluruh dunia dalam pertadingan ini. Adakah Charmaine berpeluang memenangi pertandingan yang ke-59 ini?
Selamat maju jaya Charmaine. Malaysia Boleh! - CARI |