Kalau anda bakal berkahwin dalam masa terdekat, pasti sudah pening memikirkan apa yang patut diberikan kepada pasangan masing-masing sebagai barang hantaran.
Barang-barang seperti beg tangan, kasut, minyak wangi sudah menjadi kebiasaan kepada bakal mempelai. Namun, lain pula bagi pasangan ini yang memilih untuk menghadiahkan barangan 'rare' sebagai hadiah hantaran. Bukan sahaja unik, tapi berguna juga untuk kehidupan selepas berkahwin!
Kalau sebelum ini popular seketika konsep hantaran 'tertutup' di mana hadiah dibungkus rapi dengan kain batik, songket ataupun kain pelikat, jom kita lihat pulak seleksi foto hadiah hantaran unik daripada pasangan pengantin baru ini.
Peristiwa ini telah dikongsi oleh saudari Syarfa Abdullah di laman Facebooknya.
Lesung batu
Set memasak
Periuk nasi
Alatan perkakas dapur
Set tupperware, yang ini kalau hilang memang cari sampai jumpa!
Kuali dan senduk
Lengkap dah, tak perlu dah beli nanti.
Bagus juga kan idea ini? Ke dah ada yang buat? Kongsikan kepada kami barang 'rare' yang pernah diberi pasangan atau dibagi kepada pasangan korang di bahagian komen! - CARI
|