Big Stage musim kedua memang mendebarkan. Setelah kemenangan peserta dari Korea Selatan, Han Byul diumumkan sebagai juara, ramai yang agak tersentak. Biarpun mendapat restu dari juri dan penonton-penonton, masih ada yang tidak berpuas hati. Ini kerana persembahan Naib Juaranya, Neeta dikatakan lebih menyerlah berbanding Han Byul itu sendiri.
Tidak hairanlah bertebaran spekulasi menyatakan adanya soal 'pilih kasih' dalam kalangan juri hanya kerana mahu orang luar memenangi pertandingan bakat baru itu. Tapi, betul ke juri bias?
IG
Gosip liar itu juga mendakwa juri-juri yang membuahkan kemenangan Han Byul itu sekadar mahu meraih perhatian. Apatah lagi ada yang menuduh bahawa orang yang menjaga sistem komputer itu adalah peminat K-Pop. Maka itu lah kemenangan pada Han.
Namun, juri Siti Nurhaliza dalam sidang akhbar telah menjelaskan bahawa muzik itu universal. Jadi, persaingan adalah sesuatu yang normal dan kita harus bersaing untuk lebih maju ke hadapan.
"Buat apa kita buka kepada orang lain, tapi kita nak peserta negara kita
sendiri menang. Itu tidak ada persaingan namanya."
Bagaimanapun, warganet terus menyatakan fakta bahawa markah Neeta sebenarnya lebih tinggi berbanding Han jika diukur dari segi penjurian. Namun, Neeta kalah dari segi undian peminat menyebabkan dia mendapat Naib Juara. Nisbah 70-30 peratus inilah yang menentukan kedudukan mereka. Jadi, jelasnya, Neeta sebenarnya sudah menang di hati juri.
Twitter
Twitter
Jadi, dakwaan tersebut tidak harus timbul jika setiap penonton program realiti BBNU ini sedar dengan pemarkahan yang telah ditetapkan dari awal. Walau siapapun pemenangnya, kita pasti yang terbaik akan terus kekal relevan dalam industri hiburan ini. Sama-sama nantikan ya. - CARI
|