Sakit kepala atau migrain memang sangat tidak menyenangkan, sampai ada masa rasa macam nak hantuk kepala ke dinding saja!
Bagaimanapun, ubat tahan sakit bukanlah cara terbaik melegakan sakit kepala kerana ia bersifat sementara. Ada benda lain boleh anda lakukan selain mengambil ubat tahan sakit iaitu dengan mengubah diet pemakanan.
Walaupun sesetengah makanan boleh mengundang migrain, ada juga makanan yang boleh meningkatkan daya ketahanan tubuh dan mencegah migrain.
BrightSide berkongsi lapan makanan yang boleh diambil setiap hari untuk mencegah sakit kepala.
1. Avokado
Kredit foto: Medical News Today
Buah ini kaya dengan antioksidan seperti lutein dan zeaxanthin yang bukan sahaja meredakan sakit kepala, malah migrain pun tak nak dekat!
2. Buah tin
Kredit foto: Small Footprint Family
Buah tin memang banyak khasiat terutama ketika menangani masalah migrain.
Tin mengandungi kalium yang mampu mengurangkan keradangan dan mencegah sakit migrain.
3. Salmon
Kredit foto: The Spruce Eats
Kaya dengan asid lemak omega-3 dan vitamin B-2, ikan ini mencegah platelet daripada berkumpul yang kemudian menghalang aliran darah dan menyebabkan sakit kepala.
4. Keledek
Kredit foto: HealthAIO
Ramai juga menggemari keledek yang manis-manis rasanya. Bukan saja sedap, keledek juga boleh melawan migrain ya.
Kaya degan vitamni C, vitamin B1 dan kalium, keledek mampu mengurangkan rasa sakit kepala.
5. Tembikai dan lobak merah
Kredit foto: peelwithzeal.com
Makan tembikai, karot, timun dan saderi bagus untuk mengatasi dehidrasi yang juga salah satu punca sakit kepala.
6. Yogurt
Kredit foto: WQCS
Menurut kajian, yogurt kaya dengan riboflavin iaitu sejenis vitamin B kompleks yang terdapat dalam sayur-sayuran hijau, ikan, susu, hati, ginjal, telur dan sebagainya yang sangat membantu dalam melawan migrain.
7. Jus lemon
Kredit foto: Organic Facts
Jika diserang migrain, minumlah segelas jus lemon yang ditambah dua sudu kecil garam.
Bonus - Pes kayu manis
Kredit foto: Bowl Of Herbs
Tumbuk atau kisar halus kayu manis dan kacau rata dengan sedikit air untuk menjadikannya pes.
Sapu pes ini di bahagian dahi dan pelipis bila-bila masa anda diserang migrain.
Kredit foto: BrightSide
Bilas dengan air selepas 25 hingga 30 minit dan rasa sendiri hasilnya.
Atau mungkin anda ada cara lain untuk merawat sakit kepala tanpa menelan ubat-ubatan? - CARI |