Pengacara popular Neelofa menerima anugerah bagi kategori usahawan untuk anugerah berprestij antarabangsa di Influencer Awards 2019 Monaco yang berlangsung di Monte Carlo, Monaco 5 dan 6 Oktober lalu.
Anugerah Influencer Awards 2019 Monaco ini direalisasikan Pauline Ducruet, anak sulung kepada Puteri Monaco, Puteri Stephanie dan beberapa individu lain seperti Lolita Abraham, Maxime Giaccardi dan Thomas Peters.
Kredit Foto - Instagram Neelofa
Neelofa teruja dengan anugerah ini kerana setiap pemenang dipilih oleh juri dan calon-calon setiap kategori datang daripada seluruh dunia dan turut memuat naik entri mengenainya di instagram peribadi beliau.
"Alhamdulillah, saya berasa sangat bersyukur dan teruja menerima anugerah ini.
"Memandangkan pemilihan setiap penerima anugerah dibuat berdasarkan penilaian juri dari New York, Los Angeles, Perancis dan negara Timur Tengah, ia membuatkan anugerah ini bertambah istimewa," katanya memetik laporan Harian Metro.
Instagram Neelofa dihujani dengan ucapan tahniah oleh peminat dan rakan artis yang turut berbangga dengan pencapaian Neelofa itu.
Kredit foto: Instagram Neelofa
Sejak bergiat aktif dalam bisnes hijab yang diusahakan sejak 2014 dan keutamaannya terhadap fesyen sederhana (modest fashion) membuka peluang untuknya mengembara dan memperkenalkan Malaysia di persada dunia.
Kejayaan demi kejayaan dikecapi Neelofa atas usaha kerasnya itu. Tahniah Neelofa! - CARI
|