View: 1662|Reply: 6
|
"Keangkuhan Bukan Penyelesaian" - Foodpanda Ditegur Syed Saddiq
[Copy link]
|
|
Susulan isu berkaitan syarikat penghantar makanan Foodpanda, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq berkata kenyataan syarikat itu sebagai angkuh.
Dalam kenyataan terbaharu syarikat itu berkata mereka tidak terkesan dengan mogok yang dilakukan oleh penghantar mereka..
Sehubungan itu, Syed Saddiq menganggap sesebuah syarikat korporat boleh dijatuhkan oleh pekerja dan pelanggan mereka.
“Sebagai #Yangberkhidmat, saya dipilih oleh rakyat dan boleh dihukum oleh rakyat. Sebagai korporat, mereka dibangunkan oleh pekerja atau pengguna, dan boleh dijatuhkan oleh pekerja atau pengguna.
“Keangkuhan bukan penyelesaiannya,” tulisnya dalam hantaran Twitter.
Kredit foto: MSN
Terdahulu, syarikat penghantar makanan itu berkata mereka tidak berdepan masalah dengan isu mogok pekerja.
“Jika awak (penghantar) tidak mahu kerja, tolong berikan atau tukar awak punya syif pada penghantar lain sebab awak menjejaskan kehidupan mereka,” kata pengarah urusannya, Sayantan Das seperti dilaporkan Malaysiakini. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
customer kena main peranan..boikot je.. bior rider pink tukar g hijau.. mamat botak ni lupa kot yg Uber pn leh lingkup kt malaysia.. |
|
|
|
|
|
|
|
Perasan untouchable takleh dikritik. Padan muka tan das ni! |
|
|
|
|
|
|
|
hurm kita bungkuskan aje Food Panda. jgn la angkuh sangat. sama2 cr rezeki. Food Panda perlukan rider / rider pun perlukan company tuk dorg cr makan. sama2 la sepakat. ni ms belum glamer semua elok je. elok da terkenal, korg tindas pekerja. |
|
|
|
|
|
|
|
Payah.. Kejap2 boikot..nak keja buat..tak mahu gi tempat yg awak suka.. Apa susahnya.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|