Isteri mana tidak bimbang jika ketua keluarga ditimpa kemalangan. Begitulah keadaan Sazzy Falak yang sedang ditimpa dugaan apabila suaminya, Nazril Idrus patah tulang rusuk ketika berbasikal.
Foto: Instagram Sazzy Falak
Katanya, kemalangan itu turut menyebabkan suaminya sukar untuk bernafas dan dia berkongsi kesedihan itu di laman Instagram.
Nazril kini masih dalam pemantauan doktor dan jururawat untuk proses pemulihan. Sama ada untuk menjalani pembedahan atau tidak, keputusan daripada unit ortopedik masih dinanti oleh suaminya.
Selain tulang selangka pada belah kiri patah empat, tiga tulang rusuknya turut menerima nasib sama.
Aktiviti berbasikal itu dilakukan bersama rakannya, Yasmin Hani dan Shahrin Razali. Nazri dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri dan kaki masih tersangkut pada basikalnya.
Pemeriksaan tomografi berkomputer (CT Scan) juga telah dilakukan dalam semuanya dalam keadaan baik. Organ seperti paru-paru juga tidak cedera dan proses untuk tulang pulih sendiri ini akan mengambil masa.
Selain netizen, rakan artis juga turut mendoakan agar suaminya cepat sembuh dan harap Sazzy tabah untuk melalui dugaan ini.
Harap Nazril cepat diberi kesembuhan dan dapat meneruskan aktiviti berbasikal bersama rakan. Bagaimana agaknya dia boleh terjatuh? Teruk juga sampai patah tulang begitu. - CARI
|