Kegunaan kapur tulis rupa-rupanya tidak terhad hanya kepada menulis di papan hitam saja. Sebenarnya, ia boleh membersihkan banyak barang yang 'rosak' di dalam rumah kita.
Macam mana tu?
1. Kotoran degil pada baju
Kredit foto: Bright Side
Selain sabun, peluntur, baking soda dan lemon, kapur juga boleh menghapuskan kesan minyak pada baju.
Cuba gosokkan kapur pada tempat yang kotor dan biarkan selama 10 minit. Sapu bersih kapur tadi dan basuh pakaian seperti biasa.
Menurut Bright Side, kapur menyerap dan menghapuskan kesan minyak dengan mudah.
Foto: Bright Side
Oh, pakaian putih yang menguning juga boleh 'dipulihkan' dengan cara sama!
2. Mengilatkan barang-barang perak
Kredit foto: Bright Side
Bukan sudu garpu saja, rantai atau gelang perak anda juga boleh diselamatkan daripada kusam.
Caranya sangat mudah, hanya perlu meletakkan beberapa batang kapur dalam bekas sama perkakasan dan perhiasan anda disimpan.
Perak rosak kerana keadaan lembap dan kapur berfungsi untuk menyerap kelembapan.
3. Singkirkan bau hapak dalam almari
Kredit foto: Tips and Tricks
Hanya letak beberapa batang kapur di dalam almari, kotak, beg atau bakul cucian, ia akan menyerap kelembapan, sekali gus tiada lagi bau hapak!
4. Tiada lagi barang berkarat
Kredit foto: Bright Side
Elakkan gunting pisau dan sebagainya daripada berkarat dengan meletakkan kapur di dalam bekas sama perkakas anda disimpan.
Kalau ada kasut yang sudah berbau tu, mungkin boleh cuba cara ini. - CARI |