Kredit foto: FB Movie Addict
Filem Joker(2019) mencetus fenomenanya yang tersendiri dan impak luar biasa kerana tema dark yang dibawa berjaya sampai dan meresap ke dalam jiwa penonton.
Kontroversi menjelang pembukaan filem ‘Joker’ yang dikhuatiri mencetus keganasan sedikit pun tidak menghalang filem ini berjaya mencapai kutipan 'pecah panggung'.
Setakat seminggu tayangannya sepanjang bulan Oktober, filem arahan Todd Phillips ini telah mengutip sebanyak (AS$234 juta) RM979 juta seperti yang dilaporkan oleh Astro Awani.
Kredit foto: FB Harris Zahari
Secara keseluruhannya ramai yang memberikan pujian terhadap filem ini baik dari segi jalan cerita, muzik latar, teknikal, malah persembahan para pelakonnya juga berada di tahap terbaik.
Namun begitu, perkongsian dari pemilik akaun Twitter @AkmalKomal berpendapat sebaliknya. Seorang warga pendidik menyatakan bahawa filem Joker adalah membosankan dan tidak bermanfaat.
Menurutnya beliau tidak dapat memahami jalan cerita filem ini yang agak perlahan, tiada aksi dan mesej jelas yang ingin disampaikan.
Bacaan lanjut seperti berikut:
Kredit foto: Twitter @AkmalKomal
Ulasan tersebut kemudiannya mengundang perdebatan dari warganet.
Warganet berpendapat filem lain yang ditayangkan di pawagam walaupun cerita animasi masih ada adegan ganas yang dipertontonkan.
Ada juga warga pendidik lain yang mempunyai pandangan yang sama mengenai filem Joker - kurang sesuai untuk warga pendidik.
Rata-rata yang telah menonton filem ini telah menyatakan bahawa filem ini kurang sesuai untuk individu yang lebih suka pada cerita aksi, suspens, plot twist, dan seangkatan dengannya.
Filem ini lebih kepada bagaimana permulaan karektor Joker tu tercipta dan kesan dera serta buli orang sekeliling yang akhirnya mengubah seseorang itu menjadi ganas dan mula meraih kemasyhuran kerana kekejamannya itu.
Untuk pengetahuan, filem ini telah diberi rating “R” oleh Persatuan Wayang Gambar Amerika (MPAA) kerana memaparkan “Strong Bloody Violence, Disturbing Behavior, Language and Brief Sexual Images.”
Malah, Lembaga Penapisan Filem Malaysia turut mengkelaskan filem bergenre Psiko Thrille/Jenayah/Drama ini pada kategori 18 yang membawa maksud berikut:
"Kategori ini untuk penonton yang berumur 18 tahun dan ke atas.
Filem ini mengandungi unsur seram, ngeri serta ganas tetapi tidak keterlaluan;
adegan kedewasaan yang tidak keterlaluan dan aspek sosial politik
serta agama yang sensitif yang memerlukan tahap kematangan tinggi untuk memahaminya."
Yang pasti filem yang agak drama ini bukanlah hiburan ringan. Apapun setiap orang bebas melontarkan pandangan masing-masing. - CARI
|