Unbox Challenge atau Tetris Challenge kini menjadi trending di seluruh dunia. Mungkin masih ada yang belum tahu apakah itu #unboxchallenge / #tetrischallenge ?
Cabaran Tetris ini diinspirasi dari sejenis permainan komputer yang popular satu masa dulu dan masih dimainkan sehingga kini walaupun dengan kemajuan teknologi dan lambakan jenis permainan komputer yang semakin canggih.
Cabaran ini perlu mempamerkan apa sahaja perkakasan atau barangan yang dimiliki atau diperlukan seseorang. Sebagai contoh, perkakasan di dalam kenderaan bomba, pesawat, kelengkapan bayi, keperluan ahli sukan dan sebagainya.
Barangan dan perkakasan berkenaan akan disusun rapi di atas lantai mengikut kreativiti masing-masing. Figura manusia juga turut disusun bersama untuk menambah elemen unik pada gambar.
Gambar / video akan diambil/ dirakam dari atas. Sekali pandang, persis seperti patung mainan tetapi sebenarnya kesemuanya adalah barangan dan fizikal manusia yang sebenar.
Kredit foto: FB Ruslan Khavriuta - Software Engineer #tetrischallenge
Kredit foto: FB Ariff Budiman
Anggota keselamatan negara turut tidak ketinggalan melakukan cabaran ini yang mula tular di laman sosial sejak 1 September lalu di mana gambar itu diambil menggunakan dron dari sudut pandangan atas bagi merakam aksi anggota dan objek bersama mereka.
Gambar ini sebenarnya dirakam bagi menarik perhatian orang ramai untuk menyertai pasukan The Royal Malaysia Air Force yang akan berada di Karnival Hari ATM pada 20 dan 29 September 2019 di Jeti Operasi TLDM Lumut, Perak.
Kredit foto: Harian Metro - NO 18 Skuadron Pengkalan Udara TUDM Butterworth melakukan Tetris membabitkan
pesawat tempur F/A-18D Hornet bersama peralatan dan kru pesawat
Kredit foto: Harian Metro - HELIKOPTER Super Lynx milik TLDM dari Skuadron 501 Markas Udara TLDM Lumut bersama peralatan dan kru turut tular di media sosial.
Kredit foto: FB Rizal Saad
Terbaru, Pos Malaysia pula hasilkan versi mereka sempena Hari Pos Sedunia yang akan disambut pada 9 Oktober setiap tahun.
Kredit foto: FB Pos Malaysia Berhad
Nampaknya ramai dah turut serta menyahut cabaran ini di laman sosial masing-masing. Anda bagaimana? - CARI |