Norhizam Hassan Baktee terkenal dengan isu-isu kontroversi yang tular dalam media sosial. Kredit foto: Facebook
Exco Kerajaan Negeri Melaka, Norhizam Hassan Baktee yang terkenal dengan beberapa isu kontroversi menerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk pada 11 Oktober.
Memetik laporan Bernama, beliau merupakan salah seorang daripada 566 penerima darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri sempena sambutan ulang tahun ke-81 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Dr. Mohd. Khalil Yaakob.
Nama Norhizam mula menjadi sebutan selepas rakaman video 'perbincangan hangat' ketika beliau menyerbu stor menyimpan baja subsidi di Melaka pada 29 Ogos 2018 tular dalam media sosial.
Norhizam ketika menyerbu stor menyimpan baja subsidi di Melaka. Kredit foto: Facebook
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu sekali lagi menjadi topik perbualan netizen berikutan rakaman video berkaitan isu penutupan jalan Taman Akasia-Kampung Pengkalan Nibung di Pengkalan Batu, Melaka.
Baru-baru ini, wakil rakyat dari DAP itu mencipta kontroversi apabila mendakwa, babi hutan dari Indonesia telah menceroboh Melaka melalui Pulau Besar sebelum meneruskan perjalanan ke Ujong Pasir dan kawasan pantai yang lain.
Apa pula kata netizen sebaik sahaja mengetahui Norhizam dianugerahkan gelaran Datuk?
Kredit foto: Facebook
Ada juga yang bertanya sama ada DAP membenarkan Norhizam menerima gelaran itu kerana ia bercanggah dengan prinsip parti yang tidak membenarkan pemimpinnya berbuat demikian semasa masih berkhidmat.
Kredit foto: Facebook
Walau apa pun, tahniah kepada YB Norhizam yang menambahkan lagi warna-warni dalam dunia politik tanah air. - CARI |