View: 2126|Reply: 10
|
Gaduh Dengan Isteri, Lelaki Mengamuk Di Balai Bawa Parang
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki berparang mengamuk di hadapan Balai Polis Bukit Indah, petang semalam gara-gara konflik dengan isteri.
Sinar Harian melaporkan, dalam kejadian jam 3.25 petang itu, suspek, 52, turut berkelakuan tidak senonoh di hadapan balai berkenaan.
"Suspek tiba-tiba datang ke hadapan balai berkenaan dengan membawa sebilah parang sepanjang 78 sentimeter dalam keadaan marah.
Gambar Hiasan
"Ketika sedang mengamuk, suspek juga menyatakan dirinya sedang mengalami masalah dengan isteri selain memberitahu polis yang dia akan membunuh wanita itu," kata Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar.
Bagaimanapun, apabila cuba ditenangkan anggota di lokasi suspek bertindak agresif dan mengugut untuk mencederakan dirinya menggunakan parang dibawanya itu.
Berikutan itu, beberapa anggota terpaksa menggunakan kekerasan minima kerana suspek tidak mahu memberi kerjasama ketika proses tangkapan.
"Hasil pemeriksaan di tubuh badan suspek, polis mendapati terdapat kecederaan di beberapa bahagian badannya iaitu luka di bahagian dahi, lutut kiri dan kanan," katanya.
Selain itu, suspek juga disyaki dalam keadaan mabuk ketika kejadian.
Kes disiasat mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958 dan Seksyen 90 Akta Polis 1967. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Binik dia ada d balai polis kah? Nape nk ngamuk d balai polis plk....haishhhh... ngamuk laa kt mana binik mu berada.... {:question |
|
|
|
|
|
|
|
mabok dan parang.
sah la paria. |
|
|
|
|
|
|
|
Bila dah mabuk. manusia hilang pertimbangan. |
|
|
|
|
|
|
|
Manjanya kekerasan minima.. kes ngamuk parang macam ni kalau ikut perasaan patutnya tembak je ubatnya.
Tinggi betul tahap kesabaran polis2 tu semua. |
|
|
|
|
|
|
|
cap_ayam replied at 13-10-2019 03:36 AM
Manjanya kekerasan minima.. kes ngamuk parang macam ni kalau ikut perasaan patutnya tembak je ubatny ...
Kalau tembak kang mcm2 lagi lah ceritanya dgn netizen acah bijak segala |
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik tak dihayun parang tu kena org lain....gilerrr |
|
|
|
|
|
|
| |
|