Sebelum ini nama penyerang muda Malaysia, Luqman Hakim pernah disebut-sebut sebagai nama yang membanggakan Malaysia kerana telah menandatangani kontrak professional bersama kelab divisyen satu Belgium, KV Kortrijk selama lima tahun.
Kredit Foto: The Sun Daily
Kini, nama Luqman Hakim sekali lagi melonjak di mata dunia apabila beliau diletakkan dalam senarai 60 Bakat Muda Terbaik Dunia oleh The Guardian. Menurut artikel dari akhbar UK itu, Malaysia sudah lama mencari bakat yang mampu menggantikan Allahyarham Mokhtar Dahari, dan Luqman Hakim dilihat sebagai orang yang sesuai untuk peranan tersebut.
Rekod Luqman pada Kejohanan Bawah 16 Tahun Asia 2018 sebagai penjaring terbanyak dalam kejohanan tersebut dikatakan telah menarik perhatian beberapa kelab dari Jepun.
Kredit Foto: The Guardian
Buat masa ini, Luqman dikatakan masih di Malaysia sebelum mula berlatih bersama kelab yang bermain untuk kejohanan EFL Championship, Cardiff City hingga Mac 2020, ketika usianya genap 18 tahun.
Selepas itu, barulah beliau dibenarkan bermain bersama KV Kortrijk. Kedua-dua kelab tersebut, Cardiff City dan KV Kortrijk dimiliki oleh ahli perniagaan dan pelabur Malaysia, Tan Sri Dato' Seri Vincent Tan.
Kredit Foto: Vocket
Sebagai warganegara Malaysia, ia merupakan satu pencapaian yang membanggakan bagi Luqman Hakim untuk disenaraikan dalam kalangan pemain-pemain muda hebat di serata dunia.
Antara pemain lain yang turut berada dalam senarai termasuklah Ansu Fati dari FC Barcelona dan Tomas Esteves dari Porto. Syabas atas kejayaan ini, Luqman! - CARI |