Kredit foto: Tw!tter Disney Plus
Syarikat Walt Disney akan melancarkan perkhidmatan televisyen streamingnya pada 12 November 2019 di Amerika Syarikat (AS), Australia, Kanada, New Zealand dan Belanda.
Memetik laporan Daily Mail UK, ia akan menawarkan filem dan hiburan TV termasuk Star Wars dan francais Marvel serta kandungan ABC dan 21st Century Fox.
Lebih 600 tajuk filem dan hiburan TV termasuk kandungan yang berusia lebih 100 tahun akan tersedia dalam perkhidmatan streaming TV itu dan telah mula didedahkan menerusi bebenang di Tw!tter rasmi Disney Plus.
Setiap tajuk tersebut turut boleh ditonton di saluran Youtube Disney.( Awas! Durasi video senarai tajuk adalah selama 3 jam 17 minit)
Kredit foto: Twitter Disney+ : Antara tajuk kandungan Disney Plus Streaming TV
Antara filem francais Marvel Cinematic Universe (MCU) yang tersenarai ialah Iron Man 2008. Ia juga termasuklah kompilasi filem Thor: The Dark World, 2011's Iron Man 3, Guardian of the Galaxy 2014, Ant-Man dan Avengers 2015: Age of Ultron dan filem blockbuster tahun ini, Captain Marvel.
Dalam pada itu, gergasi hiburan itu turut mengumumkan tawaran untuk Disney Plus yang turut tersedia di Apple, Google, Microsoft, Roku dan peranti internet Sony.
Pasaran streaming TV yang semakin kompetitif akan memaparkan platform HBO Max, Apple dan NBCUniversal serta Netflix dan Amazon Prime.
Disney Plus akan dilancarkan pada harga langganan AS$6.99 (RM29.22) sebulan di AS.
Tidak pasti adakah perkhidmatan ini akan memasuki pasaran Malaysia. Jika ada, sudah tentu perkara ini akan menjadi berita gembira buat peminat-peminat mahakarya Walt Disney pelbagai lapisan usia.- CARI |