Menurut luahannya itu, dia begitu bersyukur kerana dikurniakan seorang suami seperti Aaron dan berharap anak-anak mereka memahami kerja keras bapa mereka selama ini bagi mencari rezeki untuk keluarga.
Dia memuji kesungguhan Aaron dan seorang suami juga perlu mendapat penghargaan daripada isteri dengan berterima kasih atas usaha suami kerana semua ini dilakukan untuk keluarga.
Foto: Instagram Diyana Halik
Diyana juga mendoakan agar Tuhan sentiasa melindungi suaminya dan beruntung anak-anak mereka mempunyai seorang bapa seperti Aaron Aziz.
Buat para isteri, apa salahnya puji suami anda yang sanggup buat apa sahaja untuk mencari rezeki seperti mana Diyana menghargai suaminya. Pasti sentiasa dimurahkan rezeki dan keluarga diberkati. -
CARI