Siapa yang tonton telefilem "Dosa Semalam" yang ditayangkan menerusi slot Cerekarama di saluran TV3 kelmarin? Dua jam duduk melekat di hadapan kaca televisyen berjaya membuatkan hati penonton berkecamuk dengan pelbagai emosi.
Bertemakan perkahwinan dua darjat, "Dosa Semalam" membawa penonton mengharungi kisah hidup seorang gadis penjual nasi lemak bernama Khadijah watak yang dibawa oleh Janna Nick, yang berkahwin dengan Azlan iaitu lakonan Izzue Islam.
Ingatkan diterima ibu mertua yang kaya, namun sangkaan itu meleset apabila Khadijah siang malam didera secara fizikal dan mental di luar pengetahuan suaminya.
Kredit foto: Instagram
Bukan setahun dua dia bertahan tetapi Khadijah berjaya memendam perasaan sehingga 17 tahun lamanya sebelum bebas daripada cengkaman wanita tua itu.
Rata-rata penonton turut terkesan dengan beberapa babak dalam drama menyentuh jiwa itu. Salah satunya babak di mana belakang Khadijah telah ditekap dengan seterika dek kerana ibu mertuanya naik gila.
Kredit foto: Youtube
Serta babak Khadijah merobek lengannya sendiri dengan gunting bagi mengeluarkan implan perancang kehamilan selepas dia mendapat tahu bahawa ibu mertuanya menipu tentang penyakitnya yang dikatakan tidak boleh mengandung.
Kredit foto: Youtube
Kebanyakan penonton memberi pujian melambung kepada Janna Nick kerana berjaya membawakan watak Khadijah yang polos dan sanggup menghadapi deraan ibu mertuanya dengan tabah. Naskhah ini turut membuktikan bahawa Janna merupakan seorang pelakon yang versatil.
Post time 21-10-2019 10:47 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by chocobozhere at 21-10-2019 10:48 AM
cite bangang.... ada ke kena seterika pun laki tak tahu. dah kena dera pun kau lansung tak bagitau suami atau suami tak perasan. pastu baik melampau... siap maafkan lah perbuatan mil tu sampai derma buah pinggang bagai. masa dia tahu dia takde talesemia tu boleh pulak pegang gunting igtkan nak bunuh mil sekali gi toreh tangan sendiri utk keluarkan alat implan tu. gila punya kerja. bagi aku cite ni bangang sebangangnya....kalau ada sependapat dgn aku.. aku ulas lagi pjg. kalau sume cakap best aku reserved comment aku yg lain2.
Post time 21-10-2019 10:53 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Best ker?? Menyesal tak tengok, aku tengok cerita si Mikel Ang. Kemahen propa kata seram giler, tapi biasa jer. Sebab banyak sangat bab2 terkejut tu aku dh jadik x terkejut, sbb dh boleh agak. Part yg menarik tp x highlight kn sangat mcm part anak jiran dia bunuh mak sendiri pastu bunuh diri, patut part tu seram tp sekejap sgt so x sempat nk seram... eh sorry aku dh off topic, tapi nanti aku tgk kt youtube tv3 ea....
last hakak-hakak talesemia pi meroyan kat fb cakap cerita ni takde fakta. fakta wak lu.dah sah-sah mak dia reka-reka cerita. mmg la mak dia pusing cerita dan fakta pasal talesemia. tu la tengok cerita sekerat2 pastu gigih nak ulas macam kau tu pengarah 100 drama.
Post time 21-10-2019 11:00 AMFrom the mobile phone|Show all posts
NameTag replied at 21-10-2019 10:58 AM
last hakak-hakak talesemia pi meroyan kat fb cakap cerita ni takde fakta. fakta wak lu.dah sah-sah m ...
part talesemia tu mmg lah mil dia reka reka tapi laki dia kenapa benak sangat tak pergi cek kat spital.. setakat nurse mai rumah terus laki bini percaya ada talesemia siap kawen baru..... hihi
Post time 21-10-2019 11:28 AMFrom the mobile phone|Show all posts
wanita melayu redha jika nasib mereka jadi begini.... Kerana dunia hanya sementara. Yang penting jgn durhaka dgn ibu... Ibu mentua... Doa sorang ibu mustajap. Sebelum kawin syurga di tapak kaki ibu. Selepas kawin di tapak kaki suami....
dok buat cerita toxic mcm ni lagi.. laki bengap, menantu senyap, mak mentua evil.. yo.. zaman internet , media sosial, gugel la.. cerita mcm ni, indirect message dia, mcm menyokong perbuatan abuse, asalkan disayang suami.. aku tak leh cerita2 mcm ni, jadi geram.. melayu ja dok sedih2 puji cerita mcm ni
Post time 21-10-2019 11:33 AMFrom the mobile phone|Show all posts
chocobozhere replied at 21-10-2019 10:47 AM
cite bangang.... ada ke kena seterika pun laki tak tahu. dah kena dera pun kau lansung tak bagitau ...
Hahhaa...sama la komen uols cam iols. Awal awal cerita pun nampak sangat tak logik. Yang kena pukul sampai lebam bawah mata etc, suddenly izzue balik, mak mertua dia terus pretend janna jatuh kerusi. Wth! Pastu laki dia percaya..bangang. apa jadah jatuh kerusi sampai lebam lebam gitu. Eh, iols tak boleh nak tengok dah lepas tu sebab tak logik. So iols skip tengok certain part sebab switch channel tengok ruffedge kat tv2. Bila part dato gelang n geng nyanyi, switch back to tv3, tapi asyik la iols menyumpah betapa tak logik nya cerita ni
Post time 21-10-2019 11:34 AMFrom the mobile phone|Show all posts
chocobozhere replied at 21-10-2019 10:47 AM
cite bangang.... ada ke kena seterika pun laki tak tahu. dah kena dera pun kau lansung tak bagitau ...
Setuju citer ni bangang. Kemon lah nak masuk 2020 dah tapi drama masih bangang. Storyline di buat buat utk memintak simpati penonton tp sbb bangang sgt iols tak rasa sekelumit sedih pun watak janna paling bangang..memang ko jelah sorg manusia paling baik hati dlm dunia ni! sori sikit pown tak rasa simpati weh kalau dah tahap bangang cmtu
citer ni kalu zaman 40-50an aku rasa ok lagi sbab slalunye laki jenis berdagang naik tongkang so dia takkan tau bini kena seterika bagai sbab kalu mak mertua jenis alert dia akan dera menantu b4 anak dia balik ke rumah..tapi ni citer zaman serba canggih tapi storyline cm org dduk gua so aku xminat sbab nampak kebodohan watak2 kat situ..org skang hp berjahit kat tgan hokeyhhh
aku setuju ngan ko...bagi aku bangang laa perempuan dah macam2 mil ko wat ttbe baik ati bagi buah pinggang ko kat dia...padahal anak2 dy ada kot...dendam tetap dendam