Kekasih Ruhainies yang digelar sebagai Mr E telah menyampaikan niat untuk melamar dirinya dalam masa terdekat ini.
Namun, Ruhainies pula berkata pada Mstar Online dia tidak mahu terburu-buru untuk mendirikan rumah tangga dan mahu kakaknya, Risteena terlebih dahulu melangsungkan pernikahan.
Foto: Instagram Ruhainies
Mr E telah lama bersedia untuk berkahwin dan tidak mahu menangguh lama urusan perkahwinan mereka. Lain pula Ruhainies yang ingin diberi masa kerana ada beberapa perkara ingin diselesaikan sebelum kedua-duanya disatukan.
Dia tidak mahu langkah bendul kakaknya dan kekasihnya sekarang hanya tunggu lampu hijau sahaja daripada dirinya untuk melamar.
Tambahnya lagi, majlis kahwin juga akan dibuat berasingan kerana itu adalah kenangan sekali dalam seumur hidup. Jika Risteena menangguh, maka dia pun perlu menunda perkahwinan.
Andai sudah ditakdirkan jodohnya dengan Mr E perlu dilangsungkan dahulu maka dia terima sahaja ketentuan Tuhan dan tidak mahu bertunang dalam tempoh masa yang lama.
Jangan tunggu lama-lama nanti banyak pula dugaannya. Benda baik harus dipercepatkan. - CARI
|