CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10540|Reply: 11

7 Perkara Perlu Dicapai Sebelum Usia 30 Tahun

[Copy link]
Post time 21-10-2019 02:17 PM | Show all posts |Read mode
Edited by easicircle at 21-10-2019 03:42 PM

Memiliki Rumah Sendiri

Setiap individu pasti mempunyai keinginan untuk memiliki kediaman sendiri sebelum usia 30 tahun. Impian ini mungkin sukar dicapai jika tiada perancangan kewangan awal. Lakukan persediaan awal ambil tahu tentang ilmu pemilikan hartanah. Bukan sahaja tentang kos pembelian namun anda perlu tahu kos lain yang perlu dibayar selepas memiliki rumah sendiri. Sebagai contoh kos penyelenggaraan, cukai taksiran, cukai tanah, pembentungan dan sebagainya.

Pelbagai bantuan diberikan kerajaan untuk membantu golongan muda memiliki rumah. Namun yang paling utama anda perlu tahu mengurus kewangan dengan bijak sebelum terikat dengan komitmen lebih besar. Beli rumah mengikut berapa jumlah pinjaman bulanan yang anda mampu bayar bukan mengikut kelayakan jumlah pendapatan anda. Sebagai contoh pendapatan anda hanya melayakkan pinjaman lulus untuk rumah berharga RM450 ribu. Tetapi anda hanya mampu membayar pinjaman untuk rumah yang berharga RM300 ribu.

Perlindungan Insurans

Kadang-kala hal yang sering anda abaikan kebiasaannya akan menjadi hal paling penting. Lebih-lebih lagi jika melibatkan perlindungan kesihatan dan nyawa. Perkara yang perlu anda miliki setelah mempunyai pekerjaan adalah melengkapkan diri dengan perlindungan insurans. Sama ada takaful atau konvensional terserah kepada anda. Polisi jika dibeli pada usia muda, amaun yang akan dibayar lebih murah. Apapun bergantung kepada keperluan manfaat yang anda inginkan serta mengikut kemampuan kewangan masing-masing.

Mempunyai Tabungan

Tabiat menabung harus dilakukan secara konsisten, mulai dengan ketepikan 10% daripada pendapatan untuk dimasukkan ke dalam akaun simpanan. Jika punya lebihan wang maka anda boleh menambah jumlah simpanan mengikut kemampuan masing-masing. Tetapkan jumlah sasaran yang ingin dicapai sebelum menjangkau usia 30 tahun dan cuba untuk capai sasaran tersebut.

Mengembara Seorang Diri

Sudah pasti anda telah mula stabil dari segi pengurusan kewangan dan masa jadi tiada salahnya untuk cuba menggembara seorang diri. Hal ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk lebih mengenali kelebihan dan kelemahan diri apabila berseorangan di perantauan.

Bebas Hutang Jahat

Elakkan daripada membuat pinjaman peribadi atau hutang kad kredit. Hal ini, hanya akan  mengakibatkan anda terikat dengan hutang yang mempunyai kadar faedah tinggi. Hal ini juga akan menyukarkan anda untuk bebas dari segi kewangan.

Memiliki Kenderaan

Setiap individu pasti mempunyai impian untuk memiliki kereta idaman. Namun bukan semua kereta idaman mampu dimiliki. Cara terbaik adalah dengan membeli kenderaan mengikut kemampuan kewangan. Di samping itu, dengan adanya kenderaan sendiri juga boleh membantu anda menjana pendapatan tambahan dengan menjadi pemandu e-hailing.

Mencabar Diri

Cuba lakukan perkara baru dan cabar diri untuk melihat potensi sebenar anda. Apa sahaja perkara yang ingin dilakukan sebelum ini namun tergendala akibat kekangan masa dan kewangan. Mungkin ini masa yang sesuai untuk anda merealisasikan impian tersebut. Sama ada anda memilih untuk melanjutkan pelajaran, melakukan aktiviti lasak atau melibatkan diri dengan aktiviti kebajikan. Masih belum terlambat untuk teruskan impian tersebut.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2019 02:26 PM | Show all posts
Memiliki Rumah Sendiri-rumah kalau harga mampu tgk je, nk beli mcmne di usia 30 tahun??? kije pun terpaksa buat Grab Food/Food Panda etc, agak2 bank mana nk bg beli rumah?

Memiliki Kenderaan-kalau motor pun 'sakit' nk bayar bulan2.... agak2 boleh ke beli kereta? beli secondhand tu mungkinblh kalau dipaksa2 kewangan yg ada tp maintenance? Rosak itu ini?

Thread psl ni dh lama di uar-uarkan.. tak membantu pun rakyat yg takde kije skg ni. nk mkn pun susah, nk beli kereta dan rumah mmg tak la..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2019 03:37 PM | Show all posts
chinta89 replied at 21-10-2019 06:26 AM
Memiliki Rumah Sendiri-rumah kalau harga mampu tgk je, nk beli mcmne di usia 30 tahun??? kije pun te ...

setuju sangat. meols beli kereta sendiri seawal usia 23 tahun. beli rumah sendiri masa umur 32. semua tu hutang. kad kredit pula, memang keperluan in case emergency. fakta merepek ni memang tak realistik.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2019 03:40 PM | Show all posts
chinta89 replied at 21-10-2019 02:26 PM
Memiliki Rumah Sendiri-rumah kalau harga mampu tgk je, nk beli mcmne di usia 30 tahun??? kije pun te ...

Mungkin bagi anda tak membantu tapi tidak untuk orang lain. Lain orang lain pandangan bukan. Thread in hanya sekadar perkongsian ilmu yang sedikit sebanyak boleh dimanfaatkan. Terima kasih atas pandangan anda. Semoga anda dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2019 08:50 AM | Show all posts
easicircle replied at 21-10-2019 03:40 PM
Mungkin bagi anda tak membantu tapi tidak untuk orang lain. Lain orang lain pandangan bukan. Threa ...

ya, lain org lain pandangannya. tp to good to be true ni hanya menggambarkan yg indah2 mcm dh x releven utk jd "kata2 semangat" sedangkan usia belajar kalau tamat degree dh berapa, anggaran penggangguran dh makin meningkat, bukan semua org dpt job yg setimpal ngn kelulusan atau setimpal ngn gaji even dah kije penat sgt2 dari siang dan malam.

takpe lah semoga jadi inspirasi thread ni kpd sape2 di luar sana.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2019 09:53 AM | Show all posts
chinta89 replied at 22-10-2019 08:50 AM
ya, lain org lain pandangannya. tp to good to be true ni hanya menggambarkan yg indah2 mcm dh x re ...

I second you, belajar diploma 3 tahun (18,19,20) further degree 3 tahun (21,22,23) then umur 24 cari kerja starting 1.8k tolak kwsp dapat la 1.6k++.Tu mujur dpt kerja tetap cepat. segala benda nk bayar ptptn, sewa bilik, bagi parents etc. Harga rumah bertingkat sekarang pun dah 200k++. Nak beli sub-sale, 15% cash dr hrga rumah kena ada dlm tgn.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-10-2019 11:40 AM | Show all posts
chinta89 replied at 22-10-2019 08:50 AM
ya, lain org lain pandangannya. tp to good to be true ni hanya menggambarkan yg indah2 mcm dh x re ...

Yup it is just an inspiration for young generation, not neceseccary to achieve those before 30. As for me to be honest i was started my life at the age of 27. Jobless, haywire and i had depression past few years. Lepas dapat kerja same routine bayar ptptn, sewa  bilik, insurans, bagi duit kat parents and etc but nak jimat pergi kerja naik motor, did part time tutor at night. Finally manage to buy a sub sale house 160k before 30. Settled my ptptn loan. Bought a car at the age of 31. The struggle is real because kita hanya golongan marhaen gaji pun B40 not M40 or T20. So faham sangat susahnya bagaimana nak maintaining life every single day.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2019 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
boleh jd realiti kalo bg gaji yg graduate degree

at least 5k above..ni takat 2k 3k gaji graduate

zaman2 80an 90an dulu boleh la

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2019 03:50 PM | Show all posts
wajib ke ada rumah sendiri? aku rasa depends pada perancangan masa depan orang.. ada org mmg rancang nak sewa sampai mati.. sbb lebih berbaloi. Kalau kat obersi, beli rumah tu x termasuk sangat dlm perancangan wajib individu..sbb ada negara yg lagi berbaloi sewa sampai mati dr beli rumah

mungkin malaysia kena buat undang2 yg kuat sikit bagi perjanjian sistem sewa rumah ni.utk kedua2 pihak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2019 12:00 PM | Show all posts
Edited by easicircle at 30-10-2019 12:22 PM
Metana replied at 24-10-2019 03:50 PM
wajib ke ada rumah sendiri? aku rasa depends pada perancangan masa depan orang.. ada org mmg rancang ...

It depends on individu sebenarnya. Ada yang selesa menyewa boleh sewa je tak payah fikir berat. But if yang dah ada family anak anak still kecik of course lebih berbaloi beli rumah walaupun sekecil kecil rumah. At least if jadi apa apa kepada pemilik rumah ada insurance yang dah boleh cover and waris boleh dapat rumah tu tanpa bayar apa apa kat bank. Semua ni just pendapat tapi terpulang pada diri masing-masing nak merancang ikut kewangan sendiri.

Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2020 09:25 PM | Show all posts
beli rumah tak wajib. sama macam kahwin tak wajib
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2020 12:01 PM | Show all posts
dubuk replied at 26-1-2020 09:25 PM
beli rumah tak wajib. sama macam kahwin tak wajib

Ikut kemampuan masing-masing lah kan

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:13 AM GMT+8 , Processed in 0.101130 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list