Kredit foto: Tw!tter @FazriHassan
Menjadi guru pendidikan khas memerlukan kesabaran dan minat yang tinggi. Cikgu Muhamad Fazri Hassan sering berkongsi aktiviti pembelajaran beliau bersama-sama murid bekeperluan khas di media sosial.
Sebelum ini, beliau pernah tular dengan baju kemeja putihnya dipenuhi lukisan tangan anak-anak murid beliau. Lukisan itu merupakan projek unsur seni dan aktiviti akhir untuk muridnya selepas mempelajari semua unsur berkaitan pendidikan seni.
Kredit foto: Ohbulan
Terbaharu, beliau memuat naik aksi comel salah seorang pelajarnya, Maisarah sewaktu menuju ke tapak perhimpunan di Twitternya.
Rata-rata netizen 'cair' dengan kenaifan pelajar comel itu.
Sesungguhnya jasa guru ini tiada sempadannya, apatah lagi untuk murid bekeperluan khas sebegini. Nampak macam senang tapi kesusahan dan keperitan mereka mengajar murid khas yang mempunyai pelbagai cabaran dan dugaan hanya mereka yang tahu.
Selamat maju jaya Cikgu Fazri. - CARI |