Mana-mana artis baru yang berlakon dengan artis senior pasti berdebar-debar dan berharap dapat memberikan hasil yang baik dalam lakonan ketika bekerjasama.
Tidak ketinggalan Syafiq Kyle ketika mula-mula mahu mencipta nama dalam industri seni, dia juga mempunyai pengalaman pahit apabila dimarahi oleh Kak Ogy atau lebih dikenali sebagai Fauziah Ahmad Daud.
Foto: Instagram Syafiq Kyle
Dia masih teringat detik tersebut ketika menjalani penggambaran drama raya dan secara tiba-tiba dia menguap dalam satu babak tersebut.
Kak Ogy begitu marah dan meminta Syafiq untuk serius bekerja. Teguran Kak Ogy itu telah membuatkan dirinya benar-benar berubah.
Dia memandang teguran itu sebagai satu yang positif untuk dirinya. Pengalaman lalu telah memberikan Syafiq kesedaran untuk membuat persediaan terlebih dahulu apabila bergandingan dengan Kak Ogy. Ini termasuklah dalam lakonan filem Pusaka.
Dia sudah 'masak' dengan cara Kak Ogy bekerja dan meninggalkan pesan supaya mereka yang berlakon dengan Kak Ogy tidak mudah terkejut dengan teguran pelakon yang sudah lama menapak dalam industri.
Menurutnya lagi ketika ditemu bual Harian Metro, Kak Ogy juga ada memberikan teguran kepada mereka yang tidak memberikan hasil yang baik dalam lakonan kerana cara mereka berlakon tidak sesuai dengan watak yang dibawa.
Sebelum masuk ke set penggambaran, setiap pelakon seharusnya membuat kajian dulu tentang watak yang akan dibawa ditambah pula apabila digandingkan dengan orang lama. Persediaan yang rapi perlu dititikberatkan.
Kalau artis baru yang jenis tidak boleh ditegur, pasti melenting kemudian buat muka sakit hati. Ada baiknya juga ditegur, barulah boleh beri hasil yang mantap dalam lakonan. - CARI
|