CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25833|Reply: 289

[Tempatan] IIUM Confession: Ada PhD tapi terpaksa bawa GrabFood

  [Copy link]
Post time 23-10-2019 03:48 PM | Show all posts |Read mode
Ada PhD tapi tak gembira! Pemuda ini tertekan hanya mampu kerja GrabFood - “Lihatlah sekarang, ke mana minat telah membawaku?”
34 min lalu
4-5 minutes

"TIDAK berbaloi," demikian luah seorang pemuda berhubung tempoh lapan tahun yang dihabiskannya untuk melengkapkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD).

Menerusi perkongsian di IIUM Confession itu, penuntut berusia 32 tahun ini mengakui masih lagi terkapai-kapai mencari pekerjaan bagi memperolehi pendapatan yang stabil.

Lebih pilu, dia juga risau kerana tidak dapat membantu tiga adiknya yang masih bersekolah serta ibu bapanya.


"Kesian mak ayah aku. Aku patut dah mampu bantu mereka dari segi perbelanjaan harian supaya mereka tak perlu pening berkira-kira dalam hidup.

"Ada lagi tiga adik masih belum habis belajar, pun perlu mereka tanggung.

"Aku? Hanya mampu sara diri sendiri. Maaf ibu ayah dan adik-adik abang," luah pemuda itu.


Perkongsian semula kisah itu di Twitter.

Bercerita mengenai perjalanannya menuntut ilmu, dia memaklumkan sudah menghabiskan pengajian PhD pada 2017.

Ujarnya, dia sudah mencari kerja sejak di peringkat diploma, namun usahanya gagal dan berterusan sehingga ke peringkat PhD.

"Sebab penolakan mereka (syarikat), saya terlebih layak untuk pekerjaan itu. Kalau sorok PhD dan Master dalam resume, mereka akan tanya kenapa ada kekosongan lapan tahun tanpa pengalaman kerja?

    Ilmu bukan terletak di universiti sahaja. Di kilang-kilang, pejabat-pejabat hatta di jalan pun ada banyak ilmu lagi. Ingatlah, usahamu di lapangan kerja, orang sekelilingmu mendapat manfaat.
    GRADUAN PHD

"Masa tu kena berceritalah kata ada Master dan PhD. Disebabkan itu, mereka tolak saya untuk sebab sama.

"Saya lelaki, umur hampir 32 tahun, tanpa kerja stabil. Aku makin takut dengan hari-hari yang mendatang," luahnya.

Ujarnya, tempoh lapan tahun itu sepatutnya diguna untuk membina kerjaya dan dia kini baru tersedar selepas melihat rakannya memiliki kehidupan yang stabil.

Malah, hidup ahli keluarganya juga pasti lebih baik jika dia sudah lama bekerja, luahnya lagi.

Tambah pemuda itu, jika dibandingkan beban hutang pelajaran yang ditanggung dengan keadaan semasa, ia sememangnya sangat tidak berbaloi untuk meneruskan pengajian hanya kerana minat belajar dan cintakan ilmu.

"Aku mula rasa sinis bila membaca komen-komen sambung belajar sebab minat belajar, buat PhD sebab cintakan ilmu.

"Aku pun begitu dulu, kerana cinta untuk belajar, sumpah benar. Kerana itu, aku sambung belajar hingga PhD.

"Tapi lihatlah sekarang, ke mana minat telah membawaku?" soalnya.


Antara komen netizen di Twitter.

Dia turut memberi saranan bahawa pengajian postgraduate hanya sesuai untuk mereka yang bekerja dengan pengalaman dan kepakaran dalam bidang tertentu.

Malah, pensyarah dan profesor juga perlu berhenti menyasarkan lepasan ijazah untuk menjadi pelajar postgraduate mereka, kata pemuda itu.

"Ilmu bukan terletak di universiti sahaja. Di kilang-kilang, pejabat-pejabat hatta di jalan pun ada banyak ilmu lagi.

"Ingatlah, usahamu di lapangan kerja, orang sekelilingmu mendapat manfaat.

"Usahamu di makmal postgraduate akan tersimpan di celah kulit tebal dan rak buku terperuk dalam perpustakaan. Entah siapa yang akan membacanya nanti," tulis pemuda itu lagi.

Dia juga mengakui mengalami tekanan disebabkan hal itu dan kini bekerja sebagai penghantar makanan GrabFood.

Perkongsian luahan itu dikongsi semula oleh seorang individu di Twitter.

Ia sehingga kini menerima lebih 7,300 ulang kicau (Retweet) dan turut dihujani komen yang meminta agar dia bersabar dan terus berusaha.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2019 03:50 PM | Show all posts
salah umno memerintah 99 tahun...wakakakakakakakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2019 03:54 PM | Show all posts

itu namanya ilmu tak guna, serupa juga berilmu tapi kalah debat dgn berjahil, pun ilmu tak guna
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2019 04:06 PM | Show all posts
sbb tu ramai tak sambung masters even minat nak belajar..
sbb some courses kalau ade masters pun tak guna sbb nak experience jugak..
better amik short-courses atau professional courses yg dijamin digunakan dlm kerja skrg ni..
ataupun kalau nak sambung jugak, lepas degree tu secure kerja dulu, pastu buat masters/phd part time.. kawan2 aku ramai buat camni..

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2019 04:07 PM | Show all posts
ada je aku kenal yg ada master dan phd xde keje stabil...semoga dorg dimurahkan rezeki...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2019 04:11 PM | Show all posts
phd dia in what? selalu kalau technical, science ok ja senang nk kerja.. jgn letak gaji tggi sgt sudah sbb he is considered as fresh grad jugak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-10-2019 04:13 PM | Show all posts
rezeki masing2

ada yg spm pun lingkup tapi income lumayan atas buat lawak bangang & mengaibkan org lain
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2019 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Kebanyakan pekerjaan professional perlukan pengalaman kerja dalam dunia sebenar dan bukannya degree yang lebih tinggi. Kalau firma guaman misalnya, dia akan tengok berapa lama dah practise dan tak tgk pun kalau ada phd. Lainlah kalau utk pekerja academia mmg perlukan phd.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2019 04:14 PM | Show all posts
Asdan replied at 23-10-2019 03:54 PM
itu namanya ilmu tak guna, serupa juga berilmu tapi kalah debat dgn berjahil, pun ilmu tak guna

ilmu apa berjahil ada? berjahil?...aduhai bahasa melayu ko
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2019 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap2 dia tak give up mencari kerja tetap. Rezeki kadang datang tanpa disangka. As long as jangan terlalu memilih. Buatlah dulu apa yang boleh sementara nak dapat kerja tetap
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2019 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
kalu I cakap ni mungkin ramai yg x setuju..tapi lantak la, pendapat peribadi I kan..I selalu rasa students yg sambung master atau yg smpai phd (tetambah yg guna belanja sendiri @ loan pendidikan), sebenarnya penakut nak hadap fasa pekerjaan atau yg susah nak dpt keje..So, malas nak struggle psl keje,further study la jawabnya..sudahnya, begini lah jadinya..sbb tu yg ada master @ phd skrg ni,byk perangai cam x matang lagi..dulu yg ada master @ phd, dah keje lama baru sambung belajar balik..skrg ni, abih degree, terus sambung..so, faham2 la kan...beza tau pemikiran masa belajar dgn masa dah bekerja..sbb tu I prefer bdk2 lepas degree, keje dulu seboleh mungkin..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2019 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
pemgalaman dalam industri lagi laku drpd phd..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2019 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Alasan dia sama macam adik akak yang kata belum rezeki tapi sebab dia dah kahwin malas nak bising. Semoga dia tak putus asa.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2019 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
PhD sekarang overqualified .... skill fresh degree dan PhD tiada beza pun ...cuma PhD belajar lebih scientific dan specific but bukan focus kepada broad subject  ... perlu cari job based dari degree or master bukan PhD if tiada pengalaman ....perlu merangkak dari bawah ...unless market dalam bidang science  di overseas itu pun bermula di position bawah dengan budak grad master or degree cuma pegang tittle saja ... PhD di perlu kan bila perlu saja master sudah cukup ... if mahu buat conduct own research
my nasihat if mahu buat PhD sambung bidang lain contoh grad medical buat PhD pure science percaya ur skill akan demand ...ur skills.. abilities dan knowledge is ur paycheck ...boleh pilih bidang yang di mana lebih demand ....

pihak university perlu provide short court whatever seperti economy or business etc... skill dan knowledge lain kepada PhD student supaya boleh survive dari ber harap scope kerja hanya pada bidang yang belajar saja ... sebab itu lah PhD banyak yang jobless dilemma ini bukan malaysia saja di UK dan america hadap masalah yang sama ...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2019 04:24 PM | Show all posts
aku tak rasa nak kesian tapi rasa macam nak keji

hello masa ko diploma ko mohon berapa je jawatan kosong ?

atau masa ko grad diploma ko feeling mintak kerja pastu demand gaji ribu riban ni perangai fresh grad sekarang

hello orang kalau nak kerja betul betul tak kisah pun kerja apa,tak kisah ko ada diploma degree or PHD sekalipun

aku boleh nampak kemalasan dia ni

masa ko dah habis degree ko buat apa tak cari kerja ke atau ko memang dasar pemalas nak kerja

tak dapat kerja sambung pulak master habis master takkan satu pun tak sangkut kerja yang ko mintak nampak kat situ pun  ada unsur dasar pemalas

pastu sambung pulak phd sampai habis ujung ujung ko merempan tak dapat kerja jadi penghantar makanan

lepas tu merempan tak boleh nak bantu adik adik keluarga bagai

ko nak salahkan siapa patutnya ko tengok diri ko dalam cermin

ko tu sebenarnya malas nak BERUSAHA CARI KERJA


Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2019 04:26 PM | Show all posts
i dulu pun tak setuju my sister nak sambung master lepas degree..
i suruh dia kerja dulu walau our mom suruh buat master..
setakat kejar master untuk penuhi kebanggaan mak ayah anak aku ada master buat apa kalau esok nak sara diri pun tak lepas..
so i suggest adik ni cepat-cepat la apply masuk gomen sebelum terlebih umur..
gred rendah gaji seribu lebih pun kaut je la dari tak ada kerja..
nak masuk swasta memang susah la dah 32 pengalaman tak ada takat sijil je besar..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2019 04:28 PM | Show all posts
ramai sambung master phd sbb takde keje

kalau ada buat loan lagi naya,nak bayar loan tu dgn apa
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2019 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
exclusive_vvip replied at 23-10-2019 04:15 PM
kalu I cakap ni mungkin ramai yg x setuju..tapi lantak la, pendapat peribadi I kan..I selalu rasa st ...

Meols setuju ulasan chuols. Sbb meols salah seorangnya. Jujur, meols trauma dgn situasi keje. Pengalaman keje 9 tahun sebelom msuk blajar balik. Patu sambung dan sambung lg smpai meols rasa xnk keje dgn org dah. Tp mcm nk bukak learning centre..yang mana mmg lari jauh dari apa yg meols blaja ni.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2019 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni tak betul2 plan ke perjalanan academic n career dia? Tak paham pulak aku...

Biasa aku dgr org sambung PhD sbb mmg nak jadi academician di universiti. Tak kan x buat research dulu. Tak kan tak rujuk pd org2 yg berkaitan ttg hala tuju keputusan dia buat PhD.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2019 04:31 PM | Show all posts
rasa macam hasanah pon ade..padahal kl ade PHD tu da kira selangkah da masuk edu section jadi lecturer. busuk2 pon masuk UiTM jadi lecturer basic pon 5k...masuk2 terus dpt DM52 pensyarah kanan..adoilah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:13 PM GMT+8 , Processed in 0.457879 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list