Awal tahun ini, Kementerian Pembangunan Usahawan menampilkan prototaip kereta terbang iaitu ‘Vector’ pada Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2019.
Malah, belum sempat rakyat melihat kelibat kereta terbang pertama negara, versi model keduanya yang menggunakan teknologi berbeza bakal ‘dilahirkan’ pada suku ketiga tahun depan.
Dikhabarkan kereta itu sedang dibangunkan di Eropah dan perbincangan sudah dilakukan dengan pembina sama ada untuk membawa kereta itu melakukan penerbangan pertamanya pada tahun depan.
Kredit foto: Amanz.my - Prototaip kereta terbang iaitu ‘Vector’
Sementara itu, negara jiran kita kini sedang 'sibuk' melakukan ujian penerbangan teksi terbang mereka. Sebuah Volocopter 2X yang diterbangkan oleh seorang juruterbang melakukan demonstrasi sekitar Marina Bay Sands.
Ujian teksi terbang swapandu ini dilakukan dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan Singapura, termasuklah Ministry of Transport (MOT), Civil Aviation Authority of Singapore (CAAS) dan Economic Development Board (EDB) dan Syarikat E-Volo.
Kredit foto: Al Jazeera
Terdahulu, Volocopter telah mengumumkan di mana mereka akan menguji teksi-teksi terbang ini di Singapura.
Kredit foto: Volocopter.com
Singapura ialah antara negara yang mempunyai pelan pelaksanaan kenderaan swapandu yang paling maju di dunia. Selain sudah melakukan ujian teksi terbang, mereka juga telah berjaya melakukan ujian penghantaran barang menggunakan dron.
Lebuh raya udara untuk dron dan teksi terbang telah diwartakan bersama dengan ujian teksi dan bas yang beroperasi secara swapandu.
Wah nampaknya orang Singapura lah terlebih dahulu bakal merasa naik kereta terbang kan? - CARI |