Besar cita-cita pelakon dan pengarah Zul Huzaimy Marzuki apabila memasang impian untuk menjadi wakil rakyat suatu hari nanti dan mewakili golongan artis.
Sejak pemergian Tan Sri Jins Shamsuddin, dia melihat industri seni kreatif seperti dipinggirkan pihak kerajaan.
Foto: Instagram Zul Huzaimy
Tiada siapa yang menjadi senator untuk mewakili golongan seni seperti mereka di dewan dan yang ada cumalah wakil pesilat sahaja.
Namun, dari segi perfileman, pelakon masih beruntung kerana terdapat dua anak seni yang menjadi 'suara' kepada nasib mereka iatitu Ahmad Idham dan Datuk Hans Isaac yang bernaung di bawah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).
Tapi, itu hanya skop filem sahaja bagaimana pula dengan industri seni yang lain? Bagi yang tidak mengetahui, Zul Huzaimy juga merupakan Presiden Persatuan Alumni Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) serta Presiden Kelab Motosikal Spark Malaysia.
Persatuan Alumni Aswara diletakkan dibawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) dan disebabkan itu dia mengambil peluang tersebut untuk bergerak aktif membantu anak seni bermula dari sini.
Katanya kepada Harian Metro, dia berharap ada akta yang dapat digubal untuk memberi ruang yang besar kepada anak-anak seni kreatif. Orang yang di pihak atasan tidak akan memahami apa yang anak seni rasakan secara mendalam.
Selain itu, dia juga membantu orang kampungnya di Gerik dengan menyalurkan pertolongan kepada mereka terutamanya golongan penoreh getah yang menerima kesan dari musim tengkujuh. Dia telah berjaya mendapatkan tajaan beras untuk membantu mereka dalam urusan tersebut.
Semoga impian Zul Huzaimy dapat direalisasikan dan pasti kerajaan tidak lagi meminggirkan orang-orang seni yang sentiasa memperjuangkan hak mereka. - CARI
|