|
Baru-baru ini, heboh di media sosial apabila rancangan Malaysia Hari Ini yang membincangkan topik Hentikan Body-Shaming menemukan beberapa panel, antaranya dua pengguna Twitter iaitu Azfar Firdaus (@Azfarovki) dan Shazwan (@ibnuzafran) yang mengaku pernah menjadi mangsa buli siber.
Kredit foto: TV3 / Burhan_Plays
Azfar, 25, seorang model yang mengaku sering dibuli di Internet kerana Albino, manakala Shazwan juga pernah dikecam kerana memperagakan badan sado, kononnya untuk menarik wanita.
Bagaimanapun, suasana perbincangan beberapa panel menjadi panas apabila Azfar tiba-tiba menuduh Shazwan sendiri kaki buli dan pernah mengejeknya.
'Shazwan, pada 20hb Ogos, kamu ulang kicau artikel mengenai kanak-kanak Albino di Tanzania dan mengatakan tolong buru dan kerat Azfar sekali,' kata Azfar kepada Shazwan.
Kredit foto: TV3 / Burhan_Plays
Shazwan hanya mampu terkulat-kulat tidak dapat berbuat apa-apa apabila didedahkan sebagai seorang kaki buli siber.
Kredit foto: WOB / Twitter
Bagaimanapun, selepas video mengenai rancangan TV3 itu tular, netizen kini mendedahkan Azfar sendiri sebenarnya pernah mengeluarkan kenyataan berupa body shaming!
Dalam satu status Twitter Azfar yang digali netizen, beliau dikatakan telah menghina wanita bertubuh gemuk bernama Arlina.
'I pernah kena lempang dengan Arlina, perempuan gemuk sebab I suruh dia makan sihat, dia dah deactivate Twitter cakap nak bunuh diri, dah enam kali cakap benda sama,' kata Azfar dalam Twitter lama itu.
Kredit foto: Twitter
Pendedahan itu menyebabkan ramai menggelar Azfar sebagai hipokrit.
'Siapa yang follow Twitter Azfar pasti tahu dia suka gila bahankan orang,' kata seorang netizen.
'Azfar sama je dengan Shazwan, dia pernah kutuk saiz badan Arlina,' tambah seorang lagi.
Kredit foto: Twitter
Bagaimanapun, ada juga yang cuba mempertahankan Azfar.
'Kes Azfar menghina tu 2016, dah lama dan dah minta maaf,' kata seorang netizen mempertahankan beliau.
'He learned and grow from it, unlike some people who refuse to understand and be emphatic,' kata seorang lagi.
Kredit foto: Twitter
Susulan pendedahan itu juga, Azfar sekali lagi tampil dan mempertahankan dirinya.
'Saya tahu orang ramai akan menggali status lama saya susulan kemunculan di TV itu, tapi saya sudah belajar daripadanya,' katanya.
Kredit foto: Twitter
Bagaimanapun, ramai yang masih tidak berpuas hati dan berkata, Azfar berlagak suci mempermalukan Shazwan dalam rancangan TV3 itu dan tidak mendedahkan beliau juga sebenarnya bekas kaki buli.
Persoalannya, siapa sebenarnya kaki buli? Dan sejauh manakah kedua-dua mereka (dan orang ramai) mendapat pengajaran daripada rancangan TV tersebut? - CARI |
|