Kebanyakkan artis kebelakangan ini mula berjinak-jinak dengan aktiviti berbasikal bersama rakan-rakan dan keluarga.
Selain Datuk Seri Siti Nurhaliza, antara artis yang gemar dengan sukan ini adalah pengacara Yasmin Hani.
Foto: Instagram Yasmin Hani
Dia sekadar membeli basikal yang biasa untuk memantapkan dahulu kayuhannya dan harga basikal pertamanya tidak mahal, cuma kurang daripada RM10,000.
Yasmin mengatakan suaminya, Sha'arin Mohd Razali banyak memberi dorongan untuk menyertai aktiviti berbasikal ini dan dari situ dia mula memujuk hati untuk turut serta.
Lama-kelamaan, Yasmin mula seronok dengan aktiviti sihat ini dan sering mengikut suami selepas mengetahui kebaikkan berbasikal ini.
Tambahnya lagi pada temu bual bersama Harian Metro, aktiviti ini memang mahal dan banyak orang sanggup berhabis duit sehingga berbelas dan berpuluh ribu ringgit.
Namun, penunggang basikal perlu bersedia untuk menghadapi risikonya sendiri jika mengalami kecederaan.
Kalau sudah menjadi hobi, duit bukan lagi masalah. Asalkan dapat kepuasan dari aktiviti tersebut. - CARI
|