Aksi daddy dalam salah satu video di YouTubenya
Sejak beberapa hari lalu, dunia dikejutkan dengan pemergian seorang YouTuber terkenal, Grandpa Kitchen.
Narayana atau lebih dikenali dengan gelaran Grandpa menjadi kesayangan ramai apabila mendiang selalu berkongsikan videonya sedang memasak dalam kuantiti yang banyak buat anak-anak yatim.
Terliur menonton salah satu babak dalam videonya!
Biarpun begitu, terbaru nama seorang lagi YouTuber mula menjadi perhatian ramai apabila dia turut berkongsikan video masakannya di saluran YouTube miliknya, Village Food Factory.
Konsep video masakan dalam kuantiti yang banyak sama seperti Grandpa lakukan sebelum ini. Namun, berbeza dengan Grandpa, Daddy Arumugam menjamu seluruh penduduk kampung.
Daddy sedang sibuk di dapur
Lebih menarik, sambil memasak dia turut berkongsikan resipi tradisional India dengan bantuan anak lelakinya, Gopinath. Daddy yang kini sudah pun berusia 60 tahun turut menggunakan pendapatan dari YouTube untuk bersedekah dengan memasak dan memberi makan kepada golongan yang memerlukan.
Konsep ini hampir sama seperti Grandpa menjadikan Daddy terus terkenal kerana hati murninya itu.
Village Food Factory kini memiliki lebih dari 3.3 juta subscribers! Ibarat hilangnya satu permata, dianugerahkan permata yang lain. Semoga usaha murni daddy berterusan dan dipermudahkan. - CARI |