Jika sebelum ini tular dengan perniagaan makanan di gerai yang dijual serendah RM1 sahaja, kini nampaknya cara sedemikian semakin mendapat tempat.
Gerai milik dua beradik ini yang terletak di Kampung Sungai Limau, Lekir di Setiawan dikatakan menjual menu serendah RM1.50 sahaja.
Memetik laporan Harian Metro, Halimah As Saadia M Kadiri, 29 dan kakaknya, Rabia Assyamiah, 34 menjual lebih 10 menu seperti nasi lemak, laksa, bihun, mi kari dan sebagainya di Gerai RM1.50.
Kredit foto: Harian Metro
“Idea memperkenalkan semua menu pada harga RM1.50 datang dari ayah (M Kadiri Tahir, 68) dan sejak tiga minggu lalu kami selaraskan semua harga makanan di sini,” katanya.
“Alhamdulillah, sambutan sangat menggalakkan dan bukan sahaja orang kampung, penduduk sekitar dalam serta luar daerah ini turut datang ke sini.
“Kami tidak mahu berkira dengan pelanggan dan maklum balas mereka memberitahu hidangan kami berbaloi, sedap dan puas hati,” katanya lagi.
Selain itu, mereka turut menjual tiga jenis roti canai iaitu roti biasa, telur dan boom serta menu istimewa lempeng pisang. - CARI |