CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2910|Reply: 2

iPhone 11 Pro Carviar Gold disaluti 18 karat kg emas hanya RM291,865.

[Copy link]
Post time 5-11-2019 04:34 PM | Show all posts |Read mode






Jenama mewah Caviar dikenali dengan jenama yang menghasilkan peranti dengan edisi terhad.

Baru-baru ini juga jenama tersebut telah mengeluarkan model iPhone dengan cebisan baju Steve Jobs.
Meneruskan penghasilan produk, Caviar telah melancarkan siri terbaharu iPhone 11 Pro mereka, Discovery.

Tema siri itu adalah Sistem Solar dan yang paling menarik adalah model Solarius yang hadir dengan 18 karat kg emas di belakangnya.
Dengan harga yang dijual pada $70,000USD iaitu sekitar RM291,865, ia secara tidak langsung merupakan model iPhone 11 Pro yang termahal untuk dibeli.

Selain model Solarius, pembeli juga boleh memilih model lain yang mempunyai batu daripada mineral cakerawala iaitu Mars dari planet Marikh, Terra dari meteorit Tsarev, dan Luna daripada bulan. Harganya adalah sedikit rendah bermula dari $8,100USD iaitu sekitar RM33,753 sahaja.

Mineral cakerawala tersebut adalah asli dan datang daripada Muzium Mineralogi Fersman yang merupakan antara muzium mineral terbesar di dunia terletak di Moscow, Russia.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2019 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Utk jutawan harga cmtu pejam mata jah. Utk marhaen hanya mampu tgk jahh lerr
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2020 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Mahalnya hahahahahahahahahhaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 08:32 PM GMT+8 , Processed in 0.457386 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list