View: 1331|Reply: 9
|
Polis Bagi Wang Saku, Belikan Baju Untuk Lelaki Mabuk Bogel
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki berbogel di Jalan Kinabalu, Kuala Lumpur, semalam dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol.
Harian Metro melaporkan, lelaki berusia 30-an itu berjalan di hadapan sebuah bangunan sebelum disedari orang awam jam 5.27 petang.
Foto: MalaysiaKini
Selepas menerima aduan, anggota unit rondaan bermotosikal (URB) dan kereta peronda dikerahkan ke lokasi.
Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visunathan Abdullah, lelaki berkenaan tidak berkelakuan agresif apabila dipujuk anggota untuk masuk ke dalam kereta peronda.
“Siasatan mendapati lelaki itu tidak sedar dia berbogel di khalayak ramai kerana minum minuman keras berlebihan,” katanya.
Selain itu, lelaki terbabit juga didapati tidak mempunyai masalah mental.
Difahamkan, polis kemudian membelikan pakaian di kedai pakaian terpakai untuk lelaki berkenaan selain memberinya wang saku untuk dijadikan tambang pulang ke rumahnya di Brickfields. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Nak balik brickfields...? |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian abam polis.. Boleh claim balik x duit beli baju n tambang teksi tu |
|
|
|
|
|
|
|
Baiknya hati abam polis tolong beli baju bagi tambang bagai moga dimurahkab rezeki |
|
|
|
|
|
|
|
Baik betul hati encik polis. Jangan lupa pulak jasa polis tu.
Kalau iols koser melayan... Biarkan.. Pandai mabok kat tempat awam, pandailah kau balik. |
|
|
|
|
|
|
|
Hmm. Kalau aliff aziz mabuk smalam buat macam ni lg okay dari mengamuk2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Hmm, ai harap Alif Aziz yang jalan membogel kat KL cenggineh masa mabuk |
|
|
|
|
|
|
| |
|