"Keluarga saya lebih suka tiada sesiapa menghasilkan filem, filem bografi, muzikal, kartun atau apa saja mengenai kami kerana ia memalukan."
Anak sulung Perdana Menteri, Marina mendakwa filem biografi berkaitan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mendapat restu daripada keluarga Seri Perdana kerana merasakan akan jadi memalukan keluarganya.
Kredit foto: MalaysiaKini
“Jangan buat kami menontonnya,” tegas Marina sekiranya pembikinan filem itu diteruskan.
Memetik MalaysiaKini, 'Mahathir: The Journey' arahan Prof Dr Mohamad Hatta Azad Khan dan terbitan Reliance Media Group itu baru saja dilancarkan dalam satu sidang media di Petaling Jaya, baru-baru ini.
Kredit foto: Media Hiburan
Bakal menampilkan Ning Baizura yang memegang watak Marina sendiri, filem itu merangkumi 16 tahun kisah perjuangan Dr Mahathir yang bermula dari persaraannya selepas 22 tahun memimpin negara hingga kembali berkhidmat pada 2018.
Menurut Marina, pihak produksi tidak ada meminta izin sebelum menghasilkan filem mengenai keluarganya.
“Mereka tak (meminta kebenaran). Saya hanya kata kami tidak menyokong ini, atau pun yang lagi satu itu (filem berkaitan Hasmah),” katanya. - CARI
|