Sedih jadinya Amyza Aznan apabila menerima layanan yang tidak sepatutnya daripada pihak produksi.
Katanya, ada segelintir produksi yang tidak adil dalam mebuat bayaran kepada pelakon selain sering memberi keutamaan kepada artis baharu dan mempunyai pengikut yang ramai.
"Jangan cakap artis tak bagi komitmen, mual layan kerenah macam ni. Macam ni layanan untuk artis sendu macam aku, followers sendu, tulisnya di Instagram.
Via mStar Online
Tambahnya, walaupun dah berbelas tahun berlakon, kerja dah selesai tapi masih nak kena tanya bila bayaran nak dibuat.
"Terima kasih buat produser yang profesional dan produser yang acah-acah profesional. Maaf saya tak pandai mengipas, yang salah tetap salah," tambahnya.
Sementara itu, rakan artisnya, Azhan Rani menasihati Amyza agar tidak mengeluarkan kenyataan di media sosial.
Takut pula dilabel sebagai 'artis kekwat'.
"Mu baru dapat award best actress. Mu up pasal ni, mu nanti kena macam aku la. Artis kekwat. Ni zaman artis dengan kru saja kot yang kena ikut jadual. Bab bayaran kena ikut mood dia orang."
Sabarlah Amyza. Memang itu realiti dunia hiburan. Yang cantik dan muda sentiasa didahulukan. - CARI
*Kemas kini terbaru: Amyza Aznan sudah memadam posting tersebut di laman Instagramnya.
iolls pelik..persatuan artis kemain lagi...tapi issue camni tak boleh settle...bukan masalah baru...dari dulu issue payment ni...tak boleh ker persatuan blacklist ker apa ker production yg tak bayar artis ni?
Post time 17-11-2019 10:17 AMFrom the mobile phone|Show all posts
September14 replied at 17-11-2019 10:02 AM
Terlayan iol sampai habis... best cter ni nangis iols.. lakonan smua best, scene faezah elai yg ck ...
Tu la I pun tertengok smpai abis smlm.. ending dia x sangka sangat mcm tu.. last2 mmg terus dia kuatkan hati ckp anak dia mmg dh xde, kena culik 20/30 tahun dulu.. patutlah kak amyza blh mng supporting actress cite ni kn.. eyka farhana pun bagus (tercalon best actress drama).