Sejak memutuskan pertunangan, Awi Rafael mengakui pintu hatinya masih terbuka untuk berumah tangga dan menerima kehadiran orang lain dalam hidupnya.
Dia percaya, setiap yang terjadi telah disusun baik oleh Tuhan dan tidak akan serik untuk bercinta lagi.
Foto: Instagram Awi Rafael
Buat masa ini, dia hanya mampu berdoa dan fokus diberi kepada perjalanan kerjaya seni serta tanggungjawab menjaga ibunya. Dia juga mempunyai studio muzik sendiri yang sedang diusahakan.
Katanya kepada Berita Harian, dia memohon agar suatu hari dipertemukan bidadari yang menjadi penyeri dalam hidupnya.
Selepas impiannya ke jinjang pelamin tidak kesampaian, dia memberikan perhatian kepada studio terapi muzik yang direka istimewa untuk kanak-kanak autisme dibawah Program Music Spectrum.
Selain itu, Awi juga sedang melebarkan sayapnya ke bidang perniagaan baru dan banyak tugasan yang perlu diselesaikan.
Bila ditanya lagi soal hati, Awi merasakan cinta itu menakjubkan dan tidak sabar untuk mengetahui episod hidup seterusnya seperti yang telah diatur Tuhan.
Semoga Awi bertemu gadis idaman yang serasi untuk berkongsi hidup bersama suatu hari nanti. - CARI
|