View: 4049|Reply: 18
|
[Tempatan]
Tikam kawan lambat masuk kerja
[Copy link]
|
|
Edited by Boomibulat at 19-11-2019 06:46 PM
Tikam rakan lewat masuk kerja
Hadzlihady Hassan
[email protected]LELAKI parah ditikam rakan sekerjanya di tempat kerja mereka di syarikat penghantaran barang di Balik Pulau, hari ini. Dalam kejadian 1.30 petang itu, mangsa yang berusia 20-an ditikam lelaki terbabit yang juga ‘team leader’ kumpulan kerja mereka yang seramai lima orang.
Mangsa dilapor ditikam di dada, dagu dan tangan kanan.
Menurut sumber, suspek dikatakan berang kerana ada antara pekerja kumpulan itu termasuk mangsa tidak menepati masa ketika menjalankan tugas. “Sebelum ini, suspek dikatakan pernah beberapa kali menegur mangsa dan seorang lagi rakan sekerja dalam kumpulan WhatsApp supaya menepati masa. “Malah, dia juga dikatakan memendam amarah itu kerana ada ketikanya dia terpaksa melakukan kerja sendirian ketika lori barang tiba,” katanya ketika dihubungi, hari ini. Kata sumber itu lagi, suspek yang berusia 20-an dan sudah dua tahun bekerja di situ mungkin hilang sabar dengan mangsa dan bertindak menikamnya. “Bagaimanapun, polis masih melakukan siasatan lanjut punca sebenar pergaduhan itu dan usaha memburu suspek sedang dilakukan,” katanya yang memberitahu mangsa tidak sedarkan diri, dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Balik Pulau. Difahamkan, suspek juga menghubungi rakan sekerja lain dan mengugut akan menetaknya jika dia membuat laporan polis.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 November 2019 @ 5:22 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
org report polis pun ko nk tetak. Mmg mental kau ni. Dh kalau mngsa bermasalah, kau buat report kt atasan. Bebal. Xpasal bercuti dlm penjara |
|
|
|
|
|
|
|
apabila majikan...janji business jalan..untung masuk....hal pekerja tu camner...x peduli apa...jadilah menda camni...akhirnya...korang berbunuhan...boleh jer aku ganti...PATI kan berlambak kat Msia ni.....@alkisahnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pun kdg rasa nk cekik opismate aku yg gemuk rendang ni, dah la selalu lambat, kuat makan n, kuat sembang, kuat melawan... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku baca tajuk mula tu igtkan mcm backstabbing tu, kwn mkn kwn
Rupa2nya literally kena tikam |
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab replied at 19-11-2019 10:26 PM
Aku pun kdg rasa nk cekik opismate aku yg gemuk rendang ni, dah la selalu lambat, kuat makan n, kuat ...
opismate ko tu lelaki ke perempuan?sebab bila ko kata gemuk rendang tu, mengingatkan aku kpd ex opismate aku yang jenis kuat sembang gak.pastu tipu OT.sorry tt off topic lak |
|
|
|
|
|
|
|
Lelaki tikam rakan dah kena tahan
LELAKI yang melarikan diri selepas menikam rakan sekerjanya di syarikat penghantaran barang berjaya ditahan di Simpang Ampat, Nibong Tebal, hari ini.
Suspek yang berusia 27 tahun itu ditahan sepasukan polis di tepi jalan kira-kira 7 malam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superintendan Jafri Mohd Zain berkata, hasil pemeriksaan mendapati suspek mempunyai tiga rekod lampau bersabit kes dadah (dua) dan jenayah.
Katanya, mangsa yang berusia 24 tahun juga mempunyai rekod lampau bersabit kes dadah.
“Sehingga kini, mangsa masih kritikal dan dirawat di Hospital Pulau Pinang.
“Suspek melarikan diri bersama pisau yang digunakan untuk menikam mangsa. Setakat ini, motif kejadian dipercayai masalah di tempat kerja,” katanya.
Menurutnya, polis sudah merakam percakapan seorang saksi yang berada di lokasi dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
Dalam kejadian 1.30 petang mangsa ditikam suspek yang juga ‘team leader’ kumpulan kerja mereka yang seramai lima orang. |
|
|
|
|
|
|
|
Mat pit vs mat pit bertikam2... |
|
|
|
|
|
|
|
Memang boleh buat sakit jiwa ngn org yg x tepati masa n janji ni. Keje akan jadi delay, jadi keje org pulak kena settlekan bahagian dia
Tapi ramai yg sokong puak2 ni, yg rata2nya perangai sepesen juga |
|
|
|
|
|
|
|
Adakah? replied at 19-11-2019 10:41 PM
opismate ko tu lelaki ke perempuan?sebab bila ko kata gemuk rendang tu, mengingatkan aku kpd ex op ...
Gegirl tp sini x de ot |
|
|
|
|
|
|
|
R2D2 replied at 19-11-2019 11:07 PM
Lelaki tikam rakan dah kena tahan
Mat dadih tetak mat dadih...kena dahhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab replied at 20-11-2019 08:15 AM
Gegirl tp sini x de ot
oh ex opismate aku tu laki.baru nak membawang kalau orang yang sama |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh la share news ni dekat dalam group chat opis dengan caption next kau pulak dengan harapan orang tu perasan. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau pernah amik dadah, mmg kepala otak tak stabil, semua org pun naik darah jugak beb kat tempat kerja
|
|
|
|
|
|
|
|
Dadah tu kes masa lampau...mungkin skrg dia dah berubah dan dah jadi team leader. Mamat yg kena tikam tu ada time management problem. Dah warning byk kali tapi masih lambat gak sampai suspek kena buat keje sensorang. Salah mmg salah sbb dah tikam org tapi kena cari gak penyebab kenapa dia tikam org. Akk kat kat opis ni pun tensi gak opismate hari2 dtg lambat! Rasa2 boleh tikam x? |
|
|
|
|
|
|
|
Pearlapple replied at 20-11-2019 11:33 AM
Boleh la share news ni dekat dalam group chat opis dengan caption next kau pulak dengan harapan oran ...
Hahaha...khennnn... |
|
|
|
|
|
|
|
lain kali keji je depan depan sis
iols kalau bab kerja no hal marah orang depan depan orang lain
|
|
|
|
|
|
|
|
ni baru tikam depan.. apa barang tikam belakang.. maybe saspek ni dah insaf jadi mat pit, so keja la elok2.. bila team member suka lambat, performance team pun efek.. majikan tau apa.. tau achieve target kpi ja.. dia bengang la kot, sbb nov kan slalu evaluate utk bonus ka apa... |
|
|
|
|
|
|
| |
|