View: 3035|Reply: 14
|
[Dunia]
Anak curi RM34 juta dari akaun ibu ketika ibunya sakit masuk hospital
[Copy link]
|
|
Ibu saman anak kerana curi RM34 juta
| 21 November 2019
BANGKOK - Seorang wanita berusia 76 tahun menyaman anak perempuannya, bank dan empat pekerja institusi kewangan itu kerana didakwa mengambil lebih 250 juta baht (RM34 juta) daripada akaunnya ketika dia jatuh sakit pada 2014.
Huay Sriwirat tiba dengan kerusi roda di Mahkamah Tinggi Phra Khanong, kelmarin bersama peguam untuk memfailkan saman sivil terhadap Mawadee Sriwirat, 53.
Menurut peguam, Anantachai Chaiyadet, warga emas itu dimasukkan ke hospital lima tahun lalu kerana penyakit arteri koronari.
"Semasa berada di hospital, tertuduh telah mengeluarkan wang daripada kedua-dua akaun menggunakan tandatangan dan cap jari mangsa.
"Sebanyak RM34 juta diambil melalui ratusan pengeluaran," katanya.
Cucu Sriwirat, Mintra Sriwirat, 29, memberitahu neneknya mengumpulkan semua kekayaan itu melalui perniagaan sejak lebih tiga dekad lalu.
Mangsa menyedari kehilangan itu selepas gagal menemui buku simpanannya yang disimpan di tempat selamat sejurus pulang dari hospital.
Chaiyadet berkata, satu saman jenayah telah difailkan terhadap lima individu kerana mencuri, memalsukan dokumen dan menggunakan dokumen palsu.
Sebagai tindak balas terhadap semua tuduhan tersebut, Kasikornbank menegaskan kakitangannya tidak mempunyai sebarang niat jahat dan hanya memenuhi keperluan pelanggan melalui saudara terdekatnya. - Agensi
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenyataan... Bila mak bapa yg tua sakit.. Mula la anak2 meroyan sibuk harta.. |
|
|
|
|
|
|
|
Xde duit susah, ada duit pun susah |
|
|
|
|
|
|
|
Sian dia. Banyak ye duit dia. |
|
|
|
|
|
|
|
masa tu baru ramai mengaku sedara |
|
|
|
|
|
|
|
Banyaknye duit...
Anak pun... x menyabo
Sedih nengok muka omaknya |
|
|
|
|
|
|
|
kayo nya makcik... nak sikit |
|
|
|
|
|
|
|
eee xmalu btul amik hrta org even mak sndri punya. dah mmg ko ank dia ada la bahagian ko nnti bila mak dah xde. xnyabor sgt knapa. |
|
|
|
|
|
|
|
Anak perempuan dia jahat. Cari duit sendiri malas. Tau nak senang je. Inilah yg diibaratkan anak pontianak. . |
|
|
|
|
|
|
|
tapi jika mak dia mati
anak juga yg dapat
agaknya emak lambat mati kot
|
|
|
|
|
|
|
|
mmg selalu jadi camni kat Bank
bila parents koma ..anak bini sebok nak amik duit
kalau dia uzur faham apa Bank cakap xpe lah...
ni sampai mengamuk kat Bank nak jugak duit ...
Bank hanya bagi utk byr kos rawatan...
n bayar trus pada spital |
|
|
|
|
|
|
|
Xsabar sngt... Kan dh kena saman.. |
|
|
|
|
|
|
|
anak derhaka |
|
|
|
|
|
|
| |
|