Orang awam mungkin menganggap ianya luar biasa, tapi ia merupakan satu kebiasaan bagi Aaradhya Bachchan, anak kepada Abishek Bachchan dan Aisywarya Rai yang menyambut hari jadinya yang ke-8 dua minggu lepas.
Selain rakan selebriti, datuk dan nenek Aaradhya yang popular, Amitabh Bachchan dan Jaya Bachchan juga kelihatan di majlis sambutan itu yang diadakan secara besar-besaran di Juhu, Mumbai dengan tema warna-warni serta Ferris Wheel antara tarikan utamanya.
Walaupun keluarga Bachchan memilih untuk tidak berkongsi gambar majlis tersebut di media sosial, peminat masih boleh melihat gambar sambutan hari jadi itu yang disebarkan tetamu yang hadir.
Menerusi gambar-gambar itu, ramai peminat memuji penampilan Aaradhya yang persis seorang puteri dan pandai bergaya seperti ibunya.
Aisywarya Rai dan ibunya, Brindya Rai. Kredit foto:
India Express
Pelakon, Riteish Dashmukh dan isteri, Genelia serta anak-anak. Kredit foto:
India Times
Abhishek bersama rakan baiknya, produser Bunty Walia. Kredit foto:
India Express
Abhishek Bachchan berkahwin dengan Aisywarya pada 20 April 2007 dan menyambut kelahiran Aaradhya pada 2011.
Aisywarya yang berkongsi bulan kelahirannya dengan Aaradhya, terdahulu telah menyambut hari jadinya yang ke-46 di Rome, Italy bersama keluarga pada awal bulan ini. -
CARI