View: 15391|Reply: 116
|
"Kalau Nak Bagi Anugerah, Bagi Masa Hidup. Kalau Dah Mati Anugerah Tu Tak A
[Copy link]
|
|
Penerbit, pengarah dan pelakon, Sheila Rusly baru-baru ini meluahkan rasa kecewanya dengan industri hiburan tempatan kepada suaminya, Jinggo atau juga dikenali sebagai Tok Sidang.
Menerusi akaun Instagram Jinggo atau nama sebenarnya Azman Hj Yahya, isterinya sudah lama memendam perasaan terhadap orang-orang yang berkerja dalam industri hiburan tetapi tidak diluahkan demi untuk menjaga sensitiviti rakan seperjuangannya.
"Since I nak mengundurkan diri sementara waktu ni, I nak cakap sikit apa yang terpendam dalam hati pasal orang dalam industri ni."
Mahu berehat daripada dunia seni buat seketika, Sheila berkata sudah tiba masa untuk dia meluahkan apa yang terbuku di dalam hatinya dan enggan peduli sekiranya dia diboikot atau di'blacklist' selepas ini.
"Sekarang I dah ready nak cakap.Kalau I diblacklisted atau di boikot, I dah ready. Sebab tu I nak mengundurkan diri sebelum dorang campak proposal I."
Sheila turut berpesan kepada Jinggo untuk membiarkan anak-anaknya naik ke atas pentas bagi menerima anugerah sekiranya dia dijemput Ilahi terlebih dahulu. Seolah-olah merajuk, Sheila meminta anak-anaknya untuk memberi ucapan yang setiap anugerah hanya akan memberi erti sekiranya seseorang itu masih hidup.
"Babe, esok bila I dah tak de tetiba ada orang nak bagi Anugerah pada I, You suruh anak anak ambik."
"Ucap terima kasih lepas tu Anugerah bagi balik."
"Kata pada dorang, kalau nak kasi Anugerah pada mama saya, kasi masa dia hidup, kalau dah mati, Anugerah tu dah tak der nilai."
Perkongsian Jinggo tersebut membuatkan ramai rakan artis merasa sebak.
Kredit foto : Ig Sheila Rusly
Apa pun diharap Sis Sheila tak berputus asa. Tak apalah kalau tak dapat mana-mana anugerah. Yang penting keikhlasan dalam berkerja itu penting. Pasti ada ganjaran kelak. Be strong ye, Sis! -CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Kejap, iols tertinggal train kot. Sheols sentap ni sebab tak dapat anugerah apa? Sheols kalah dengan siapa? |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni hendak apa sbnrnya? Aku rasa dari dulu nama dia naik je menang awards...menang FFM pun pernah. Nak mintak anugerah pencapaian sepanjang hayat ke? mcm dia sorg je artis kat malaysia ni yg kerja keras |
|
|
|
|
|
|
|
mohon blacklist seperti yg dihajatkan |
|
|
|
|
|
|
|
Ni marah sbb x menang award ke camna?
Konfiden juga dia akan dpt award lepas mati |
|
|
|
|
|
|
|
dia mahu anugerah sepanjang zaman agaknyaaa
|
|
|
|
|
|
|
|
Ok, noted. Nanti dia dah meninggal jangan sesape pandai2 nak bagi dia anugerah. Mengabihkan boreh je. |
|
|
|
|
|
|
|
hadap anugerah ropenya sister ni |
|
|
|
|
|
|
|
Jamil_Abu replied at 28-11-2019 04:22 PM
dia mahu anugerah sepanjang zaman agaknyaaa
hampeh. Norlia Ghani yang lagi legend drpd dia pun tak meroyan x dpt byk awards. |
|
|
|
|
|
|
|
tak faham laaaa, rasanya cerita dia banyak je menang award... tercalon pun banyak kali nape sentap lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Nak sembang ngan laki pun letak kat socmed. No WhatsApp laki hilang ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Nak bersara..bersara ajelah.
Nak juga tarik perhatian x kira apa isu.
Dah pesan kat laki..yg lakinya pun...
Yelah..korang ajelah byk jasa dlm bidang seni yer.
Bagi skg apa yg dia nak.nanti dh dpt..dia berbunyi balik..bg lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
menyembah anugerah ke sis |
|
|
|
|
|
|
|
kes tak menang kt ASK aritu ke? sedihnya sheols |
|
|
|
|
|
|
|
cerita dia je kut yg tercalon, dia tak naik stage juga ke?
alaa ikut turn la, ramai lagi yg veteren tak dapat anugerah
heheheheee tasabar la acik neh
|
|
|
|
|
|
|
|
Melorqe replied at 28-11-2019 04:40 PM
cerita dia je kut yg tercalon, dia tak naik stage juga ke?
alaa ikut turn la, ramai lagi yg veter ...
mesti dia berharap cite Pia tu menang kot ASK haritu. tapi nak buat macam mana, banyak lagi cerita bagus. artis2 lain pun makan masa bertahun2 jugak nak menang |
|
|
|
|
|
|
|
knp la merempan sgt sis. hadap sgt dgn anugerah dh knp. bukan karya u takde org puji pn. tak semestinya tak dpt anugerah tak bagus. karya u byk terkesan kt peminat kot. peminat yg tau nilai better or not. some of ur drama viral n dpt rating bagus pn dh ckup. hadap sgt anugerah knp. adoiiiiiiiii tak phm laa smpai nk merajuk bagai. sukati hang la sis |
|
|
|
|
|
|
|
sebenarnya dia ni maunya apa
sbb x dpt award ASK ke
drama Pia tu mmg ler best tp lakunan dia hmmm over
harap hajat dia tertunailah utk diblacklistkan |
|
|
|
|
|
|
| |
|