View: 6911|Reply: 34
|
Bukti Cinta Tanpa Syarat, 'Spiderman' Tolak Kerusi Roda Cari Dana Rawat Isteri
[Copy link]
|
|
Bagi peminat filem dan dunia komik pasti amat mengenali watak Spider-Man. Populariti watak tersebut membolehkan sehingga kini banyak filem diterbitkan selain diangkat menjadi salah satu watak penting dunia sinematik Marvel.
Kostum adiwira kartun termasuk Spiderman antara yang digemari kanak-kanak. Lantaran itu ramai menggunakan kostum ini untuk menjana pendapatan samada secara sampingan atau demi meneruskan kelangsungan hidup.
Baru-baru ini viral foto di media sosial 'Spiderman' menolak kerusi roda wanita berstatus orang kurang upaya (OKU) di sekitar Georgetown. Aksi ‘Spiderman’ tersebut menarik perhatian ramai orang terutama kanak-kanak.
Namun siapa sangka di sebalik kostum ‘Spiderman’ itu, lelaki berusia 50 tahun itu sebenarnya suami kepada wanita OKU yang sedang mencari rezeki serta mencari dana bagi merawat isterinya.
Spiderman terbabit, Ahmad Shakirin Mohd Zain, 50, yang juga pelukis jalanan, berkata dia sudah lebih setahun menjadikan kerjaya itu sebagai pekerjaan sambilan meraih pendapatan dan mencari dana bagi merawat isteri, Nur Aznita Mohd Ismail, 37.
Kredit Foto - The Star
“Isteri saya pernah terjatuh di bilik air menyebabkan dia mengalami serangan angin ahmar dan kerana menghidap kencing manis, kaki kanannya terpaksa dipotong daripada lutut ke bawah.
“Selepas itu, kami berpindah ke Pulau Pinang dan mencuba nasib mencari rezeki di sini dengan cara ini,” katanya memetik perkongsian Penang Kini.
Menurut Ahmad Shakirin sebelum ini pendapatannya bergantung kepada hasil upah melukis dan menjual lukisan di beberapa lokasi tumpuan pengunjung sekitar ibu kota.
Cari rezeki cara lain guna kostum adiwira
Namun selepas melihat ramai kenalannya mampu meraih wang dengan berpakaian adiwira, beliau membeli sut pakaian itu menerusi dalam talian dengan harga RM180.
Ahmad Shakirin berkata, bukanlah maksudnya untuk meminta-minta, tetapi mereka pernah menerima sumbangan sebanyak 20 sen selepas diminta beraksi Spiderman dan bergambar dan dia tetap menerima sumbangan itu kerana paling penting ialah keikhlasan si pemberi.
“Selepas isteri sembuh nanti, dia bercadang mahu menjana pendapatan dengan menjual makanan berikutan kepakarannya dalam menyediakan pelbagai jenis masakan,” katanya.
Suka kanak-kanak tapi belum ada rezeki timang cahaya mata
“Sebenarnya kami suka kanak-kanak namun belum mempunyai rezeki cahaya mata dan dengan cara ini dapatlah kami menghiburkan kanak-kanak itu.
“Selain sebagai terapi diri, kami berasa gembira apabila dapat berdamping dengan kanak-kanak dan berharap orang ramai mendoakan kesejahteraan saya serta isteri,” katanya.
Berteduh di bilik sewa yang dibayar secara harian
Pasangan suami isteri ini menjadikan bilik tumpangan dengan kadar sewa RM55 sehari di tengah bandar raya sebagai tempat berteduh. Katanya, mujurlah pemilik bilik tumpangan disewa mereka memahami keadaan suami isteri berkenaan.
Ini betul-betul 'The Amazing Spiderman' ye dak? Semoga dipermudahkan segala urusan Ahmad Shakirin dan isteri. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
kalau sewa rumah flat mungkin tak semahal tu |
|
|
|
|
|
|
|
Ada juga usahanya cari pendapatan dari sekadar meminta2 |
|
|
|
|
|
|
|
Susah senang sama2 {:cryrun |
|
|
|
|
|
|
|
janji halal ye dek...dari membewak mendadih tu... |
|
|
|
|
|
|
|
kat kl tu banyak je sewa bilik
kenapa cari yang vayar harian
kalau sebulan dah 1+k dah |
|
|
|
|
|
|
|
moga sentiasa dimurahkan rezki buat acik spiderman tu |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga abang ni sihat selalu jadi boleh bekerja .. dan wifenya sembuh semula agar boleh mulakan bisnes masakan. |
|
|
|
|
|
|
|
fushimi: kat kl tu banyak je sewa bilikkenapa cari yang vayar hariankalau sebulan dah 1+k dah
Rasanya ni dekat penang island. Harga sewa kat situ mmg mahal. Kesian wife dia. Muda2 lagi dah macam2 penyakit. Husband sanggup susah payah. Semoga dipermudahkan segala urusan. |
|
|
|
|
|
|
|
Mahalnya rm55 sehari ke salah tulis? Lebih baik sewa flat atau rumah kg.. Mcm tido hotel murah ja harga |
|
|
|
|
|
|
|
tido hotel murah ka sewa sehari 55 tu? better cari rumah sewa.
55x30=1650 dah mcm bayar sewa kondo pun ada tu.
selain pandai cari duit pakcik kena berjimat jugak. duit tu boleh buat modal lain jugak.
|
|
|
|
|
|
|
|
fushimi replied at 29-11-2019 08:20 AM
kat kl tu banyak je sewa bilik
kenapa cari yang vayar harian
rm55 sehari xde deposit. bayar rm55 duduk harintu juga...kalau sewa biasa depo bagai. duit depo tu sendiri boleh bayar sewa 2-3 bulan..bayangkan duit depo tu bayar utk sewa.harian. |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan senang nk cari suami isteri susah senang bersama.. Moga dimurahkan rezki kamu berdua dan dipermudahkan segalanya.. |
|
|
|
|
|
|
|
hollahop replied at 29-11-2019 09:05 AM
tido hotel murah ka sewa sehari 55 tu? better cari rumah sewa.
55x30=1650 dah mcm bayar sewa kondo ...
RM 55 sehari kalau tak campur makan sejam kena ada RM 2.30 kalau minima org beri rm5 per hour . within 10 hours berjalan ke sana ke mari dah lepas sewa . modal rm150 baju spiderman tu one off selagi tak koyak selagi tu menjana pendapatan.
Ramai tak tau kat malaysia ni only 5 negeri yang high nation income : penang. johor. kl. sel .sabah.
kita rasa rm55 sewa bilik tu mahal. tapi di sana walupun mahal. dia masih boleh membayar. maksudnya apa? |
|
|
|
|
|
|
|
Iwow inspiring!& so touching.dunia memwrlukan lebih banyak lelaki camni. |
|
|
|
|
|
|
|
lebih mampu la. income sehari mst lebih dr rm55
yg makan gaji pun terkulat2. cari rumah sewa murah.
tambah time cuti sekolah ni. lagi bnyak la kan income diorang masuk.
|
|
|
|
|
|
|
|
Utk umur 50 nmpk x boroi sgt mcm org lain..semoga dipermudahkan urusan... |
|
|
|
|
|
|
|
gigahertz replied at 29-11-2019 05:39 PM
RM 55 sehari kalau tak campur makan sejam kena ada RM 2.30 kalau minima org beri rm5 per hour . wi ...
Sebenarnya 55 ni hotel bajet kan
Kl pun ada hotel bajet 30. 45 pun ada dekat kl sentral tu deposit 20 je
Meaning kalau takde duit malam tu dok bawah jambatan kan |
|
|
|
|
|
|
|
aah..patut kerajaan negeri bantu la bagi rumah sewa pprt..rm100++ je per month...n harap dah viral ni, baitulmal/zakat/jkm boleh bagi bantuan.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|